awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skor CPI: Komitmen kerajaan memerangi rasuah jelas, berterusan - Pejabat Perdana Menteri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
29/01/2021
10:57 MYT
Skor CPI: Komitmen kerajaan memerangi rasuah jelas, berterusan  - Pejabat Perdana Menteri
Pejabat Perdana Menteri menegaskan, meskipun kedudukan negara jatuh dalam CPI 2020 namun dasar dan komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah adalah berterusan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA:Kerajaan tidak pernah dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelaku rasuah serta tindakan tegas akan diambil mengikut prinsip rule of law (kedaulatan undang-undang).
Kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri menegaskan, meskipun kedudukan negara jatuh dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 namun dasar dan komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah serta meningkatkan tadbir urus adalah jelas dan berterusan.
"Seperti mana yang telah dimaklumkan pada peringkat awal pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) masih diteruskan bagi meningkat tadbir urus kerajaan selain mengurangkan dan menutup peluang-peluang rasuah dalam pentadbiran kerajaan.
"Kerajaan melalui Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) juga sentiasa melihat kepada kaedah dalam meningkatkan tadbir urus dalam pentadbiran awam," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, kenyataan itu turut memaklumkan Pejabat Perdana Menteri mengambil maklum berhubung keputusan Transparency International Malaysia (TI-M) yang dikeluarkan pad Khamis di mana Malaysia mencatatkan skor 51 daripada 100 berbanding skor 53 pada 2019, berdasarkan tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara.
TI-M mendedahkan, antara sebab memungkinkan kejatuhan itu ialah politik wang masih berleluasa di negara ini dan orang ramai tidak mendapat maklumat terkini mengenai status kes berprofil tinggi seperti laluan penyeludupan manusia di Wang Kelian, skandal 'Air Sabah' serta pembelian Kapal Tempur Littoral (LCS) yang masih tergantung dan tiada berita.
Selain itu, TI-M memberitahu, ada situasi 'melepaskan tanpa membebaskan' sebilangan mereka yang dituduh dalam kes berprofil tinggi, telah memberikan persepsi negatif mengenai bagaimana proses kehakiman diguna pakai.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#rule of law
#pejabat perdana menteri
#Muhyiddin Yassin
#Indeks Persepsi Rasuah
#International Malaysia
#mahkamah
#Hukuman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan