awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penantian 15 tahun berakhir, pasangan dikurniakan cahaya mata hasil IVF tajaan TAFF
Kempen #MadaniMembantu dilancar, perkukuh usaha kerajaan bantu rakyat - Zulkifli
“Perang dengan Iran bukan piknik, tapi api yang membakar” - Kataib Hezbollah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skrol purba Herculeneum berjaya dibaca, diterjemah selepas 2,000 tahun

Amanz
Amanz
06/02/2024
06:43 MYT
Skrol purba Herculeneum berjaya dibaca, diterjemah selepas 2,000 tahun
Kejayaan membaca lapisan pertama skrol ini membuka peluang 1,800 gulung papirus Herculeneum yang ditemukan pada tahun 1752 turut boleh dibaca. - Gambar/ Vesuvius Challenge
TAHUN lalu Cabaran Vesuvius (Vesuvius Challenge) mengumumkan kejayaan membaca ayat-ayat pertama yang terkandung di dalam skrol purba Herculeneum yang terbakar disebabkan letusan gunung berapi Vesuvius.
Kota Herculeneum yang terletak bersebelahan Pompeii menjadi lokasi ribuan skrol purba yang terpelihara walaupun tertanam lebih 2,000 tahun. Kini Cabaran Vesuvius mengumumkan 15 jalur pertama daripada salah satu skrol akhirnya boleh dibaca dan diterjemah.
Bahagian yang diterjemah dipercayai karya ahli falsafah Philodemus mengandungi tulisan mengenai muzik, makana dan bagaimana untuk menikmati kehidupan.
Kejayaan membaca lapisan pertama skrol ini membuka peluang 1,800 gulung papirus Herculeneum yang ditemukan pada tahun 1752 turut boleh dibaca.
Bahagian yang boleh dibaca setakat ini hanya sekadar 5 peratus keseluruhan satu skrol yang masih bergulung.
Cabaran Vesuvius turut mengumumkan tiga pemenang yang menggunakan teknik pembelajaran mesin dan imbasan bagi membaca lapisan papirus yang telah terbakar menjadi arang.
Youssef Nader, Luke Farritor, dan Julian Schilliger berkongsi hadiah utama AS$700,000 kerana menyelesaikan masalah arkeologi yang hampir berusia 300 tahun.
Nader dan Farritor sebelum ini dianugerahkan hadiah First Letters Prize kerana mereka yang terawal menghasilkan teknik membaca abjad yang tersorok dalam skrol. - Amanz
Topic Berkaitan
#skrol purba
#Vesuvius Challenge
#Herculeneum
#usaha terjemahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan