awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SKSSR catat 1,092 pencarum selepas seminggu pelaksanaan - Sivakumar

Haikal Raman
Haikal Raman
12/12/2022
09:04 MYT
SKSSR catat 1,092 pencarum selepas seminggu pelaksanaan - Sivakumar
Kerajaan melalui Bajet 2022 menyediakan peruntukan caruman SKSSR bagi 150,000 orang suri rumah kumpulan B40 dalam senarai i-Suri. - Sivakumar. - Foto KSM
PUTRAJAYA: Seramai 1,092 individu di seluruh negara telah mendaftar dan mencarum secara sukarela bagi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) sejak ia dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada 1 Disember lalu.
Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, kerajaan melalui Bajet 2022 menyediakan peruntukan caruman SKSSR bagi 150,000 orang suri rumah kumpulan B40 dalam senarai i-Suri.
Beliau berkata, inisiatif itu bertujuan memberi perlindungan keselamatan sosial yang komprehensif kepada golongan tersebut dan membela kebajikan mereka sekiranya terlibat dalam kemalangan atau menghidapi keilatan sewaktu menguruskan rumah tangga.
“Inisiatif ini terbuka kepada semua golongan wanita warga Malaysia atau pemastautin tetap yang berusia kurang daripada 55 tahun, dan tiada had umur minimum untuk mencarum.
“Suri rumah yang layak hanya perlu membuat bayaran caruman sebanyak RM120 setahun secara ‘in advance’ bagi menerima Perlindungan Bencana Domestik dan Perlindungan Kesihatan selama 12 bulan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat Kementerian Sumber Manusia di sini pada Isnin.
SKSSR merupakan cetusan idea Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri wanita pertama Malaysia.
Menurut Sivakumar, skim tersebut dilaksanakan d ibawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Akta 838) yang dikawal selia Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
“Semua suri rumah lain digalakkan menyertai SKSSR secara sukarela. Para suami juga digalakkan untuk mencarum bagi pihak isteri mereka manakala pihak ketiga seperti keluarga, saudara mara dan pertubuhan bukan kerajaan dibolehkan untuk mencarum bagi pihak suri rumah.
“Suri rumah adalah sebahagian daripada ‘care economy’ dan terlibat secara langsung dalam pembangunan institusi keluarga serta secara tidak langsung membantu menjana ekonomi negara,” ujarnya.
Pembayaran caruman boleh dibuat melalui portal disediakan Perkeso samada dibuat secara dalam talian ataupun dibayar tunai di kaunter semua pejabat Perkeso.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Perkeso di www.perkeso.gov.my atau hubungi talian khidmat pelanggan Perkeso 1-300-22-8000.
Topic Berkaitan
#perkeso
#Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah
#V Sivakumar
#Kementerian Sumber Manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan