KUALA LUMPUR: Hasrat skuad ragbi tujuh sepasukan (7's) lelaki kebangsaan untuk merangkul gelaran kejohanan SEA 7S 2023 tidak kesampaian selepas tewas di tangan Taiwan 14-17, pada aksi final di Stadium Nasional di Singapura, hari ini.
Namun, pasukan negara yang diberi julukan skuad Bunga Raya memulakan permainan dengan cemerlang apabila Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi berjaya melakukan try dan melengkapkan conversion untuk mendahului 7-0 seawal minit ketiga.
Tersentak dengan itu, Taiwan tidak mengambil masa lama untuk bangkit menyamakan kedudukan menerusi try dan conversion pada minit keempat sebelum mendahului 12-7 apabila berjaya memperoleh try seminit kemudian.
Bersambung babak kedua, permainan bertambah sengit dengan menyaksikan Malaysia kembali di depan 14-12, menerusi try Mohamad Shah Izwan Nordin dan conversion Muhammad Azwan pada minit ke-13.
Bagaimanapun, Taiwan berjaya mencuri lima mata hasil try pada penghujung perlawanan untuk menoktahkan kemenangan 17-14.
Kejohanan selama dua hari bermula semalam itu disertai enam pasukan lelaki dan empat pasukan wanita, namun Malaysia hanya menghantar wakil bagi saingan lelaki.
Ragbi 7's tidak dipertandingkan pada Sukan SEA Kemboja 2023 Mei ini, namun berpeluang besar untuk kembali mewarnai temasya sukan dwitahunan itu pada edisi berikutnya iaitu di Thailand pada 2025, Kuala Lumpur (2027) dan Singapura pada 2029.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2023
Hasrat skuad ragbi tujuh sepasukan (7's) lelaki kebangsaan untuk merangkul gelaran kejohanan SEA 7S 2023 tidak kesampaian selepas tewas di tangan Taiwan 14-17, pada aksi final di Stadium Nasional di Singapura, hari ini. - Foto Sinar Harian/KRM
Penunjuk perasaan pro-Palestin Sepanyol 'jadi' korban Palestin
Ratusan penunjuk perasaan berbaring di atas tanah di luar muzium seni moden Guggenheim Bilbao pada Sabtu.
Ia adalah sebagai satu bentuk protes dengan menyerupai mangsa yang terkorban akibat keganasan dan genosid yang dilakukan rejim Zionis ke atas penduduk Gaza.
Ia adalah sebagai satu bentuk protes dengan menyerupai mangsa yang terkorban akibat keganasan dan genosid yang dilakukan rejim Zionis ke atas penduduk Gaza.
Aktivis pro-Palestin tunjuk perasaan di hadapan White House
Aktivis pro-Palestin di Washington DC. menuntut penamatan perang di Gaza dan sokongan Amerika terhadap Israel dengan membantah di luar White House pada Sabtu.
210 penduduk Gaza maut dan 400 cedera dalam serangan dahsyat Israel
Sekurang-kurangnya 210 rakyat Palestin terbunuh dan kira-kira 400 cedera dalam serangan Israel ke atas kem pelarian al-Nuseirat di tengah Gaza dalam mis israel menyelamatkan tawanan
Israel tingkatkan serangan, empat tawanan Israel diselamatkan
Tentera Israel telah menyelamatkan empat tawanan dari tengah Gaza ketika tenteranya meningkatkan serangannya di seluruh wilayah Gaza yang dikepung dan dibom
Netanyahu nekad bawa balik semua tebusan
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bertemu dengan empat tebusan Israel yang di selamatkan di Gaza dalam operasi ketenteraan pada Sabtu
MB Kedah tawar Pulau Pinang beli air dari LRA Lubuk Buntar
"(Tetapi) kalau nak beli saya (Kedah) jual, di LRA Lubuk Buntar ada lebihan air bersih di situ dengan suci hati tapi kena beli tak boleh ambil free (percuma) macam Sungai Muda."
PN guna semua saluran dekati pengundi Sungai Bakap
Keunikan pelancongan seni budaya Langkawi
Usaha menarik pelancongan ke Pulau Langkawi digerakkan lagi dengan pembukaan semula Balai Seni Negara Langkawi.
Selain terkenal dengan eko-pelancongan, kini usaha menarik potensi lebih ramai pelawat ke Pulau Mahsuri bakal dilakukan dengan memanfaatkan seni dan budaya, sebagai tarikan utamanya.
Selain terkenal dengan eko-pelancongan, kini usaha menarik potensi lebih ramai pelawat ke Pulau Mahsuri bakal dilakukan dengan memanfaatkan seni dan budaya, sebagai tarikan utamanya.
Tourism Malaysia sasar 220 juta pelawat domestik tahun ini
Tourism Malaysia menyasarkan bilangan pelawat domestik sebanyak 220 juta orang dengan jumlah perbelanjaan RM88 bilion pada tahun ini.
Sanusi tawar Pulau Pinang beli air dari LRA Lubuk Buntar
Kerajaan Kedah menawarkan kepada kerajaan Pulau Pinang untuk membeli air dari negeri itu sebagai penyelesaian masalah air di Nibong Tebal.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor berkata kedah sedia menjual air dari Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar di Bandar Baharu, Kulim yang kedudukannya 16 kilometer dari sempadan Kedah- Pulau Pinang.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor berkata kedah sedia menjual air dari Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar di Bandar Baharu, Kulim yang kedudukannya 16 kilometer dari sempadan Kedah- Pulau Pinang.
Skuad Bunga Raya muncul naib juara SEA 7s
Hasrat untuk merangkul gelaran kejohanan SEA 7S 2023 tidak kesampaian selepas tewas di tangan Taiwan 14-17, pada aksi final.
Pembinaan Stadium Ragbi Nasional bermula bulan depan
Kerja-kerja pembinaan Stadium Ragbi Nasional pertama di Malaysia akan bermula pada September ini dengan kapasiti tempat duduk penonton dikurangkan kepada 1,250.