KUALA LUMPUR: Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki dan wanita negara akan beraksi di kejohanan sulung Piala Dunia Hoki 5s 2024 di Muscat, Oman pada 24-31 Jan tahun depan.
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal yang mengumumkan perkara itu berkata kedua-dua pasukan telah layak secara merit menerusi Kelayakan Piala Dunia Hoki 5s yang berakhir September lepas.
"Kejohanan itu akan diadakan pada 24-27 Jan bagi wanita dan 28-31 Jan bagi lelaki.
"Skuad lelaki negara diundi dalam Kumpulan D bersama Oman, Amerika Syarikat dan Fiji manakala skuad wanita diundi dalam Kumpulan A bersama Oman, Fiji dan Netherlands," katanya pada sidang media memperkenalkan syarikat pengeluar pakaian sukan Young Tiger sebagai penaja skuad hoki 5s negara di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini, baru-baru ini.
Pengurus Pasukan Hoki 5s negara Syukri Mutalib berkata persediaan telah bermula minggu lepas di Seremban, namun ketika ini para pemain diberi rehat seminggu dan akan kembali berlatih di Bukit Jalil minggu depan.
"Kita akan membuat sesi pemilihan lapan pemain dan dua penjaga gol pada pertengahan Januari ini," katanya.
Beliau berkata buat masa ini pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran dan hanya menumpukan pada mempersiapkan pasukan sebaik mungkin.
"Piala Dunia Hoki 5s ini dianjurkan buat kali pertama, sukar untuk kita dapatkan gambaran jelas mengenai kekuatan pasukan lawan, sebab itu kita cuba elak letak sasaran terlalu awal.
"Kita akan fokus perlawanan demi perlawanan, supaya pemain tidak terlalu tertekan," katanya.
Negara dalam kelompok tiga terbaik Kelayakan Piala Dunia layak ke kejohanan itu, namun skuad lelaki negara yang menduduki tempat keempat telah layak susulan menggantikan Oman sebagai penganjur.
Pasukan wanita pula meraih tempat ketiga selepas tewas kepada India 5-9 di separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 17 2023
Subahan berkata kedua-dua pasukan telah layak secara merit menerusi Kelayakan Piala Dunia Hoki 5s yang berakhir September lepas.- Foto Bernama
Apple fokus pembangunan iPhone 17 yang lebih nipis untuk 2025
Apple dijangka memperkenalkan peranti-peranti lain yang nipis dalam tahun-tahun akan datang.
Zii Jia sudah sedia harungi Olimpik Paris 2024
Lee Zii Jia menyifatkan kejayaan merangkul kejuaraan Terbuka Australia sebagai motivasi terbaik menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 dari 27 Julai hingga 5 Ogos depan.
Sidang Kemuncak Keamanan Ukraine sokong deklarasi akhir
Sidang kemuncak keamanan Ukraine yang berlangsung selama dua hari di Burgenstock, Switzerland berakhir pada Ahad dengan sokongan terhadap deklarasi akhir.
AWANI Ringkas: Curi kabel: Kerajaan pertimbang hukuman lebih berat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Akauntan rugi RM2.2 juta terperdaya pelaburan saham
Seorang akauntan kerugian lebih RM2.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham.
Rumah didiami tujuh sekeluarga terbakar
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun dua daripada mereka dilaporkan mengalami tekanan darah tinggi dan cedera ringan.
Vietnam sasar pasaran halal
Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Vietnam komited untuk membangunkan rangka kerja perundangan yang menyokong kerjasama antarabangsa dalam membangunkan industri halalnya.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.
Vietnam komited bangunkan industri halal
Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Vietnam komited untuk membangunkan rangka kerja perundangan yang menyokong kerjasama antarabangsa dalam membangunkan industri halalnya.
Menurut agensi berita Vietnam, ini termasuk rundingan dan menandatangani perjanjian perdagangan serta memudahkan perkongsian dengan organisasi dan pengedar di Indonesia, Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menurut agensi berita Vietnam, ini termasuk rundingan dan menandatangani perjanjian perdagangan serta memudahkan perkongsian dengan organisasi dan pengedar di Indonesia, Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Tun Wan Junaidi solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Sarawak
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pagi ini menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak.
Skuad hoki 5s Malaysia bawa cabaran negara ke Piala Dunia 2024 di Oman
Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki dan wanita negara akan beraksi di kejohanan sulung Piala Dunia Hoki 5s 2024 di Muscat, Oman pada 24-31 Jan tahun depan.