awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuasy: Ramai pemain junior tunjuk peningkatan dan berpotensi - Nicol

Bernama
Bernama
22/12/2019
22:37 MYT
Skuasy: Ramai pemain junior tunjuk peningkatan dan berpotensi - Nicol
NICOL: Saya juga mahu lakukan sesuatu bersama Kementerian Belia dan Sukan dan mencari cara bersama wanita dan segmen sukan dan juga remaja, untuk mendorong mereka berjaya dan berharap dalam melakukan beberapa program bersama. - BERNAMA
Bekas pemain skuasy nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David pada Ahad berkata, Malaysia mempunyai ramai bakat baharu dalam sukan skuasy dan boleh ditampilkan sebagai pemain profesional masa hadapan.
Juara dunia lapan kali itu berkata pada masa ini, ramai pemain junior yang telah tunjukkan peningkatan dan ada antara mereka mempunyai potensi yang baik.
"Saya lihat ada ramai pemain junior berbakat yang berpotensi untuk dijadikan pelapis dalam sukan skuasy. Saya harap mereka terus berlatih bersungguh-sungguh dan kita lihat bagaimana mereka boleh kembangkan potensi yang mereka ada," katanya kepada pemberita selepas majlis 'Penghargaan kepada Datuk Nicol David, Sesi Bertemu dan Bermesra', di sini pada Ahad.
Turut hadir, Ketua Menteri Chow Kon Yeow; Exco Belia dan Sukan Soon Lip Chee; dan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam, Chong Eng.
Nicol berkata, pada tahun hadapan beliau bercadang untuk memfokuskan kepada usaha memperkasakan wanita dan remaja dalam skuasy melalui Yayasan Nicol David.
"Saya mahu berkongsi pengalaman saya melalui sesi motivasi dan sesi libat sama. Saya mahu lihat apa yang boleh saya tawarkan dengan yayasan saya, dalam usaha membantu remaja wanita dan lelaki, dalam memperkasakan mereka melalui sukan dan menggunakan bahasa inggeris sebagai satu kelebihan tambahan.
"Saya juga mahu lakukan sesuatu bersama Kementerian Belia dan Sukan dan mencari cara bersama wanita dan segmen sukan dan juga remaja, untuk mendorong mereka berjaya dan berharap dalam melakukan beberapa program bersama," tambahnya.
Ketika ditanya sama ada beliau ada menerima tawaran sebagai jurulatih kebangsaan, Nicol berkata, beliau tidak akan menjadi jurulatih sepenuh masa, tetapi akan melatih berdasarkan program.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bakat baharu
#Chong Eng
#Chow Kon Yeow
#Nicol Ann David
#pemain junior
#pemain profesional
#Skuasy
#Soon Lip Chee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan