awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuter elektrik Eclimo ES-11 buatan tempatan diharap dapat diperluas

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
14/01/2022
15:16 MYT
Skuter elektrik Eclimo ES-11 buatan tempatan diharap dapat diperluas
Skuter elektrik buatan tempatan ini menggunakan sistem mengecas palam tiga pin yang menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna kenderaan elektirk (EV) iaitu kekurangan infrastruktur dan stesen mengecas. - Foto Facebook/MOSTI
KUALA LUMPUR : Pengenalan skuter elektrik buatan tempatan yang dikenali sebagai Eclimo ES-11 yang dibangunkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama NanoMalaysia Berhad dan Eclimo Sdn Bhd diharap dapat diperluaskan di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pengenalan teknologi itu sejajar dengan matlamat negara untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau.
Beliau dalam perkongsian video di media sosial pada Jumaat turut berkesempatan mencuba skuter berkenaan yang menggunakan bateri berstruktur nano.
"Skuter elektrik buatan tempatan ini menggunakan sistem mengecas palam tiga pin yang menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna kenderaan elektirk (EV) iaitu kekurangan infrastruktur dan stesen mengecas," katanya.
Beliau sebelum ini turut mencadangkan agar syarikat perkhidmatan penghantaran makanan atau barangan runcit menggunakan sistem pemantauan bateri berstruktur nano yang jelas memberi manfaat kepada alam sekitar.
Sel bateri ion litium yang dilengkapkan pada skuter itu mempunyai kitaran hayat sebanyak 1,000 kali pengecasan dan dapat menjimatkan sehingga tujuh kilogram pelepasan karbon dioksida untuk setiap 100 kilometer perjalanan.
Topic Berkaitan
#skuter elektrik
#Eclimo ES-11
#buatan tempatan
#teknologi
#NanoMalaysia Berhad
#MOSTI
#Dr Adham Baba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan