awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Slim Memilih: SPR harap 85 peratus keluar mengundi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
28/08/2020
03:34 MYT
Slim Memilih: SPR harap 85 peratus keluar mengundi
Abdul Ghani (kiri) beramah mesra bersama petugas SPR ketika meninjau persiapan menjelang PRK DUN Slim di pusat penjumlahan undi di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim, 28 Ogos, 2020. --fotoBERNAMA
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap peratusan keluar mengundi akan meningkat daripada 70 peratus kepada 85 peratus pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, esok.
Selain itu, pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh turut berharap keputusan rasmi PRK DUN Slim dapat diketahui selewat-lewatnya pada pukul 9 malam, 29 Ogos.
Sebelum ini, SPR dalam kenyataan rasmi menjangkakan keputusan tersebut akan diumum pada pukul 10 malam.
“Saya berharap angka (peratusan keluar mengundi) ini meningkat sebab PRK ini sepatutnya meningkat. Kalau tanya saya, saya amat berharap ia akan naik sampai 85 peratus.
“Sebabnya, di sini keadaan aman, tidak sesak (trafik), masyarakat pun masyarakat kampung, dan ramai pengundi terdiri daripada masyarakat Felda.
"Jadi, saya nampak, Insya-Allah, dan saya juga berharap, keputusan akan keluar awal. Kalau boleh, mudah-mudahan. Dan ini tertakluk kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM).
"Sebelum pukul 9 malam, sudah selesai jika tiada kacau-ganggu, dan apa-apa bantahan pada waktu itu,” katanya ketika membuat tinjauan persiapan hari pengundian di Dewan Sri Tanjong, di sini, hari ini.
PRK DUN Slim menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz dan dua calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan S Shantarasekaran.
Mengulas mengenai hari pengundian PRK DUN Slim, Abdul Ghani berkata, pihaknya berpuas hati dengan persiapan yang disifatkan berada tahap optimum.
“Semakan adalah untuk memastikan semua peralatan atau kelengkapan bagi pengundian pada hari esok lengkap dan berkeadaan baik.
“Peralatan ini diagihkan kepada KTM bagi setiap Saluran Mengundi.
“Sebanyak 12 Pusat Mengundi dan 54 saluran akan dibuka untuk tujuan pengundian, dengan seramai 689 orang petugas akan bertugas bagi proses pengundian esok,” katanya lagi.
Abdul Ghani dalam pada itu turut mengingatkan pengundi supaya keluar mengundi mengikut masa yang digalakkan seperti mana tercatat pada kad pengundi.
Pematuhan itu katanya bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi pada satu-satu masa.
Topic Berkaitan
#Abdul Ghani Salleh
#Barisan Nasional
#calon
#DUN Slim
#Felda
#keluar awal
#kesesakan
#Ketua Tempat Mengundi
#masyarakat kampung
#peratusan
#persiapan
#pilihan raya kecil
#PRK DUN Slim
#PRK Slim
#pusat mengundi
#saluran mengundi
#Slim Memilih
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan