KUALA LUMPUR:Mengesahkan slot Piala AFC 2021 buat Perak, adalah lebih utama bagi Mohd Shahrel Fikri Md Fauzi buat masa ini, berbanding mengejar Anugerah Kasut Emas 2020.
Penyerang berumur 26 tahun itu tidak mahu terlalu tamak mengejar jaringan sehingga membelakangkan kejayaan pasukannya, apabila skuad Bos Gaurus bakal berdepan dua pencabar handal dalam baki dua aksi Liga Super musim ini.
Perak yang berada di tempat kedua carta Liga Super dengan 17 mata, tidak boleh keciciran mata apabila bertemu Pahang di Stadium Darul Makmur pada Sabtu ini dan pasukan di tempat ketiga, Kedah (16 mata) pada 10 Okt di Stadium Perak, untuk kekal di tangga kedua sekali gus layak ke Piala AFC 2021.
"Sememangnya ini adalah pencapaian membanggakan untuk saya, kerana sebelum ini kalau kita tengok selalunya pemain import yang mendominasi penjaring terbanyak tetapi sekarang saya berjaya buktikan pemain tempatan juga mampu untuk berada di tahap ini.
"Kalau boleh memang saya nak tambah lagi gol untuk dua lagi perlawanan, tetapi macam-macam boleh jadi dan saya tidak mahu tamak untuk mengejar gol, sebaliknya misi utama adalah untuk pastikan Perak menang," katanya dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Mohd Shahrel yang telah meledak sembilan gol setakat ini merupakan satu-satunya pemain tempatan dalam senarai penjaring utama, yang turut dibarisi pemain import seperti Tchetche Kipree (Kedah), Dominique Da Sylva (Terengganu FC) dan Ifedayo Omosuyi (Selangor), yang masing-masing menjaringkan tujuh gol manakala Gonzalo Cabrera (Johor Darul Ta'zim) telah menjaringkan enam gol.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 30 2020
Shahrel (kanan) meraikan gol jaringannya ketika menentang pasukan Felda United FC pada perlawanan Liga Super 2020 di Stadium Perak, Ipoh malam tadi. -- fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Analisis perdagangan: Imbangan dagangan menurun, jumlah dagangan meningkat
Jumlah dagangan menunjukkan peningkatan 12.1 peratus daripada RM197.8 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM221.7 bilion dipacu oleh kenaikan import 15.6 peratus, mencecah RM107.0 bilion dan eksport 9.1 peratus, mencecah RM114.7 bilion. Bagaimana ini mencerminkan kesihatan ekonomi semasa?
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Malaysia sebagai pintu masuk syarikat Sweden - Duta
Malaysia terus menarik syarikat Sweden kerana kestabilan politik negara, taraf hidup yang baik dan penguasaan bahasa Inggeris meluas.
Malaysia Masters 2024 buka gelanggang, pemain negara optimis buat yang terbaik
Gelanggang kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024 membuka tirainya hari ini hingga 26 Mei ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Slot Piala AFC lebih penting berbanding Anugerah Kasut Emas - Shahrel
Penyerang berumur 26 tahun itu tidak mahu terlalu tamak mengejar jaringan sehingga membelakangkan kejayaan pasukannya.