MALAYSIA
SM Teknik KL lakar sejarah, sekolah menengah pertama tubuh makmal AI

Isteri Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran 100 Tahun Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (SMTKL) mencatat sejarah sebagai sekolah menengah pertama di Malaysia yang menubuhkan Makmal Kecerdasan Buatan (AI), bersempena sambutan 100 tahun penubuhannya hari ini.
Ringkasan AI
- SMTKL menjadi sekolah menengah pertama di Malaysia menubuhkan Makmal Kecerdasan Buatan (AI) sempena sambutan 100 tahun penubuhannya.
- Makmal AI ini dijadikan model rujukan untuk pembelajaran berasaskan inovasi dan penyelesaian masalah, serta memperkukuh ekosistem TVET sejak peringkat sekolah menengah.
- SMTKL turut bekerjasama dengan UTM memperkenalkan pendekatan 'KOSEN oriented', yang menekankan pembelajaran hands-on, kolaborasi industri dan pemupukan daya cipta.
"Dengan ilmu, teknologi dan akhlak, Insya-Allah pelajar kita mampu menghadapi cabaran masa depan," katanya pada Majlis Pelancaran 100 Tahun SMTKL di sini, hari ini.
Beliau berkata penubuhan Makmal AI berkenaan turut menarik penglibatan sekolah menengah sekitar sebagai 'feeder schools', bagi memastikan bakat pelajar dalam bidang teknikal dapat diasah sejak peringkat awal.
Dalam pada itu, Dr Wan Azizah turut mengumumkan kerjasama sekolah itu dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi memperkenalkan pendekatan 'KOSEN oriented' yang julung kali diterapkan di peringkat sekolah menengah teknik di Malaysia.
Pendekatan tersebut menekankan pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar (hands-on), kolaborasi industri dan pemupukan daya cipta.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami