Sokongan masyarakat India kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) bertambah baik.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin langkah kerajaan membantu semua kaum termasuk India melalui agenda transformasi membuktikan kemampuan BN berkhidmat untuk rakyat.

Katanya berdasarkan tinjauan seluruh negara, sebahagian besar masyarakat India kembali memberi sokongan padu kepada BN.

Muhyiddin menegaskan masyarakat India sebelum ini terpengaruh dengan putar belit pembangkang termasuk Hindraf.

Bagaimanapun tambahnya, perhatian diberikan terhadap keperluan pendidikan, tempat beribadah serta peningkatan taraf hidup kaum berkenaan membuktikan keprihatinan kerajaan BN untuk membela masyarakat India.

Beliau berkata setelah hampir lima tahun berlalu, masyarakat India dan kaum lain di negara ini mula menyedari kepimpinan Barisan Nasional berupaya memberi khidmat terbaik kepada mereka.