awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solat hajat khas esok di semua masjid, surau Jumaat JAKIM dan JAWI

Bernama
Bernama
27/11/2025
15:15 MYT
Solat hajat khas esok di semua masjid, surau Jumaat JAKIM dan JAWI
Mohd Na'im berkata solat hajat itu bagi memohon perlindungan Allah SWT agar negara dan rakyat dijauhkan daripada sebarang musibah. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Semua masjid dan surau Jumaat di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah untuk melaksanakan solat hajat khas esok, selepas solat Jumaat.

Ringkasan AI
  • Semua masjid dan surau Jumaat di bawah seliaan JAKIM dan JAWI diarah laksanakan solat hajat khas esok selepas solat Jumaat untuk memohon perlindungan Allah SWT dari musibah seperti banjir dan ribut.
  • Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar, menyeru agar doa dan munajat umat dapat dipermudahkan urusan pasukan keselamatan serta memberi kekuatan kepada masyarakat yang diuji.
  • Penduduk Selangor, Perak, dan sebahagian Pahang dinasihatkan berwaspada kerana Ribut Tropika Senyar yang membawa cuaca tidak menentu, turut memberi kesan kepada beberapa negeri lain termasuk Kuala Lumpur dan Johor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata solat hajat itu bagi memohon perlindungan Allah SWT agar negara dan rakyat dijauhkan daripada sebarang musibah termasuk banjir, ribut dan kerosakan harta benda serta segala bentuk ujian yang menimpa masyarakat.
"Semoga ia menjadi medan kita bermunajat memohon agar dipermudah segala urusan pasukan keselamatan, agensi kerajaan serta sukarelawan yang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa terlibat, jua kita berdoa agar masyarakat yang diuji dikurniakan kekuatan, kesabaran dan perlindungan yang berpanjangan.
"Semoga dengan ikhtiar doa dan munajat seluruh umat, Allah SWT mengangkat segala kesulitan, menurunkan rahmat serta mengurniakan kesejahteraan kepada negara tercinta, Malaysia," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip hari ini berkata penduduk di Selangor, Perak dan sebahagian Pahang dinasihatkan berwaspada kerana Ribut Tropika Senyar yang boleh menyebabkan cuaca tidak menentu dijangka melanda berterusan bermula seawal tengah malam ini hingga Sabtu.
Ribut berkenaan juga dijangka turut memberi kesan kepada Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#JAKIM
#Solat Jumaat
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan