awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh di tiga masjid utama malam ini - JAKIM

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
01/08/2024
02:30 MYT
Solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh di tiga masjid utama malam ini - JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan solat jenazah ghaib ke atas pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh, di tiga masjid utama negara, malam ini.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan solat jenazah ghaib ke atas pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh, di tiga masjid utama negara, malam ini.
Solat jenazah ghaib itu diadakan selepas solat maghrib di Masjid Negara di Kuala Lumpur dan Masjid Putra serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datin Hakimah Mohd Yusoff, orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi menunaikan solat jenazah ghaib itu sebagai tanda solidariti umat Islam di negara ini terhadap perjuangan umat Islam Palestin dalam menentang kezaliman rejim Zionis Israel.
"JAKIM amat berdukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Ismail Haniyeh yang kembali ke rahmatullah, semalam.
"Almarhum adalah seorang tokoh yang disegani dan teguh dalam perjuangan membela nasib umat Islam di Palestin. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama syuhada serta golongan yang beriman dan beramal soleh," kata beliau dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Ismail syahid dalam serangan udara ke atas kediamannya di Tehran, Iran, awal pagi semalam, ketika berada di negara itu untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharunya, Masoud Pezeshkian, kelmarin.
Pengawal Revolusi Iran berkata, Allahyarham terkorban bersama seorang pengawalnya dalam serangan itu, manakala Hamas dalam satu kenyataan pula memaklumkan, kumpulan pejuang terbabit berkabung atas kematian pemimpin berkenaan yang dikatakan terbunuh dalam 'serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran.'
Topic Berkaitan
#Ismail Haniyeh
#solat jenazah ghaib
#JAKIM
#Ismail Haniyeh dibunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan