awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solat Jumaat, jemaah dibenarkan di Mukim 12 - Mufti P. Pinang

Bernama
Bernama
06/11/2020
06:21 MYT
Solat Jumaat, jemaah dibenarkan di Mukim 12 - Mufti P. Pinang
Bagi solat Jumaat hendaklah dilaksanakan daripada tempoh azan dilaungkan dan solat harus diselesaikan sekitar 20 minit sahaja, serta tiada solat sunat qabliyyah, kata Wan Salim Wan Mohd Noor. - Gambar fail
GEORGE TOWN:Pulau Pinang membenarkan solat Jumaat dan solat jemaah fardu lima waktu dijalankan di masjid dan surau di Mukim 12, daerah Barat Daya dekat sini, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP), berkuat kuasa hari ini.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, pelaksanaan itu perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu kehadiran jemaah perlu mengikut keluasan ruang solat di masjid dan surau seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Agama Islam.
"Bagi solat Jumaat hendaklah dilaksanakan daripada tempoh azan dilaungkan dan solat harus diselesaikan sekitar 20 minit sahaja, serta tiada solat sunat qabliyyah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada Rabu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Mukim 12 di daerah Barat Daya dikenakan PKPB bermula 6 hingga 19 Nov ini berikutan peningkatan kes COVID-19 di kawasan itu.
Bagi aktiviti keagamaan seperti kuliah, ceramah, tazkirah dan seumpamanya adalah tidak dibenarkan sehingga berakhir PKPB dan sebarang ziarah tanah perkuburan Islam juga ditangguhkan sepanjang tempoh itu.
"Arahan perlaksanaan aktiviti di masjid dan surau di negeri ini akan dikeluarkan dari semasa ke semasa tertakluk kepada situasi semasa malah ia perlu mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negeri sebelum sebarang aktiviti dibenarkan dilakukan di masjid dan surau terlibat," katanya.
Sementara itu, Wan Salim berkata, upacara akad nikah hanya boleh diadakan di Pejabat Agama Daerah sahaja dengan kehadiran maksimum 10 orang terdiri daripada ahli keluarga pengantin sahaja.
"Selain itu, pengebumian jenazah hanya dibenarkan dihadiri oleh petugas kubur, pembaca talkin dan ahli keluarga kepada si mati sahaja dengan jumlah paling minimum," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Solat Jumaat
#solat fardu lima waktu
#pulau pinang
#masjid
#surau
#Mufti Pulau Pinang
#Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan