PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, berbangga dengan skuad kendaliannya, selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Southampton 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.
The Reds ketinggalan 2-0 dalam separuh masa pertama sebelum Edinson Cavani mencetus inspirasi kebangkitan pasukan pelawat.
Penyerang itu hadir sebagai pemain gantian melakukan hantaran silang untuk jaringan pertama United yang disempurnakan oleh Bruno Fernandes sebelum dia meledak dua gol menerusi tandukkan di Stadium St Mary.
Bercakap selepas tamat perlawanan, pengurus itu memuji Cavani, memberikan perkembangan mengenai kecederaan dialami David De Gea serta rekod lapan kemenangan berturut-turut di tempat lawan.
"Sudah tentu ini adalah liga yang sukar, tetapi saya berasakan ketiadaan penonton tidak memberikan impak kepada rekod itu. Kami tidak peduli akan perkara itu, kami hanya mengambil berat tiga mata yang diperoleh. Cara mereka beraksi daripada mula hingga akhir permainan, anda dapat melihat mereka kekal fokus. Kami bermain dan menghasilkan peluang, kami tidak menyempurnakan semuanya, tetapi cukup untuk memastikan kemenangan," katanya.
“Ia mengenai jaringan seterusnya dan tidak dibolosi lagi. Kami menyedari perlawanan ini melibatkan banyak jaringan. Pasukan semakin bertambah baik, kami mengetahui kemampuan kami untuk mengatasi pasukan lawan dan pemain gantian yang mampu memberikan impak. Edinson yang telah membuktikan dalam perlawanan ini.”
Bercakap lagi tentang Cavani, Solskjaer menjelaskan, “Dia merupakan salah seorang yang terbaik kerana pengalaman dan kualiti yang dimiliki. Gerakannya, dia seorang yang bijak melakukannya. Dia mampu berada di mana-mana sahaja. Dua yang dihasilkan sungguh menakjubkan."
Astro Arena
Mon Nov 30 2020

Edinson Cavani menanduk bola ketika beraksi dalam perlawanan EPL antara Southampton dan Manchester United di Stadium St Mary's, Southampton, England, 29 Nov, 2020. (Foto AP)

Perhimpunan Agung UMNO ditangguh, pemilihan parti diteruskan
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO akan ditentukan kemudian.

Lebih 500 individu daftar sebagai sukarelawan vaksinasi fasa percubaan di HUS
Lebih daripada 500 sukarelawan telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam percubaan vaksin COVID-19 di Sarawak.

Rasuah bekas Presiden Korea Selatan, pewaris Samsung Group dihukum penjara
Pewaris syarikat gergasi teknologi, Samsung Group (Samsung), Lee Jae-yong dihukum penjara dua setengah tahun kerana didapati bersalah merasuah bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye pada 2015.

Larang Rentas Negeri | Tinjauan Lorong tikus di Pasir Puteh
Sepanjang dua jam wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad berada di Kg Golok, Pasir Puteh, Kelantan. Sepanjang membuat tinjauan, didapati berlaku aktiviti rentas negeri dengan mudah sekali walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0 dilaksanakan di Kelantan.

Banjir | Terengganu dijangka tidak berdepan gelombang keenam
Kolonel (PA) Che Adam A Rahman memaklumkan Terengganu ketika ini dalam tempoh 'bertenang' dan dijangka tidak akan berdepan gelombang banjir keenam.

Harga Sayur | Alami kenaikan mendadak
Harga sayur-sayuran di Kedah mengalami peningkatan yang mendadak sejak awal bulan ini.

PKP 2.0: PM Muhyiddin umum berita baik untuk rakyat petang ini
Pejabat Perdana Menteri berkata, pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di kesemua stesen TV kerajaan dan swasta.

PKP 2.0: Bantuan pindahan tunai perlu diterus dan segerakan - Penyelidik
Penyelidik, Adam Manaf Mohamed Firouz berkata bantuan kewangan tersebut dilihat merupakan bantuan yang paling berkesan tatkala PKP 1.0 dilaksanakan tahun lalu.

Kemusnahan Air Terjun Tanjung Batu: Permit kontraktor kuari digantung sementara
Mohamed Zin berkata, kajian terperinci turut akan dilakukan di kawasan zon rizab sungai bagi mengelakkan berlakunya mendapan sungai.

UKM tawar rawatan psikososial kepada lelaki bina 11 bonggol
Beberapa sesi rawatan akan dilaksanakan secara dalam talian bermula minggu hadapan dan sebagai permulaan, beliau perlu menentukan status psikologi Nor Muhamad Roslam.

Rashford ingat pesan Mourinho cara menangi sepakan penalti
United meraih sepakan penalti yang luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini berbanding seteru mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Manchester United berpotensi julang EPL - Paul Pogba
The Red Devils akan bertandang ke Anfield, tengah malam Isnin ini, untuk menghadapi juara bertahan, Liverpool.

Manchester United sedia berhitung dengan Liverpool - Paul Pogba
"Ia akan menjadi perlawanan yang menarik buat semua orang," kata Pogba.

Klopp anggap tidak dapat penalti, Alexander-Arnold punca kekalahan kepada Southampton
Jaringan tunggal daripada bekas penyerang The Reds, Danny Ings, pada minit kedua sudah cukup untuk memastikan kemenangan 1-0 skuad The Saints itu di Stadium St Marry.

Solskjaer tidak gentar rombak kesebelasan Manchester United
United kini mengecapi sembilan rentetan tanpa kalah dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kemenangan terakhir ke atas Wolves.

Bukan ATM sahaja, laman web Manchester United pun pernah digodam!
Dalam apa sahaja rangkaian sistem keselamatan siber, faktor manusia adalah kelemahan utama yang boleh membuatkan penggodam mampu untuk menceroboh laman web.

Piala EFL: United, City bertemu di separuh akhir, Spurs raih jalan mudah
City menang 3-2 secara agregat ke atas United musim lalu, menang 3-1 di Old Trafford, di mana hanya satu perlawanan sahaja akan menentukan tempat ke final kali ini.

Solskjaer beri amaran United perlu lebih tajam di Old Trafford selepas tewaskan The Blades
Kesilapan awal penjaga gol, Dean Henderson, menghadiahkan The Blades, pasukan di tangga tercorot dengan hanya satu mata, gol pendahuluan hasil sentuhan David McGoldrick.

Kai Rooney sertai Manchester United
Rekod Wayne Rooney menjaringkan 253 gol buat pasukan Old Trafford itu masih tidak dapat ditandingi tetapi anaknya, Kai, satu hari nanti berpeluang untuk mengatasi rekod itu.

Saya bertanggungjawab United tersingkir - Solskjaer
United ketinggalan seawal 109 saat dan ketinggalan 2-0 dalam tempoh 13 minit ketika bergelut untuk menyesuaikan diri dengan lima pemain pertahanan awal pagi tadi.