Polis Terengganu akan menempatkan anggotanya di beberapa lokasi berisiko terutamanya di sekitar kawasan pantai peranginan bagi menjamin keselamatan orang ramai.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata langkah tersebut bagi mencegah sebarang insiden berikutan ramalan angin kencang dan laut bergelora berikutan tempias ribut tropika Sonamu akan melanda beberapa kawasan Pantai Timur pada bila-bila masa.
Selain itu, katanya rondaan berkala di kawasan terbabit akan ditingkatkan dan meminta orang ramai agar tidak panik dengan ramalan awal tersebut.
"Pihak polis akan sentiasa memantau kawasan pesisiran pantai serta merekodkan paras air. Jika ia melebihi paras bahaya, kita akan mengeluarkan amaran serta merta.
"Saya nasihatkan agar penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pantai sentiasa berwaspada dan berhati-hati serta sentiasa mematuhi arahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau turut memasihatkan orang ramai tidak panik dan tidak terpengaruh dengan khabar angin melalui Facebook dan blog mengenai dakwaan kononnya bandar raya Kuala Terengganu akan ditenggelami, jika kejadian itu melanda.
"Kita minta orang ramai jangan percaya dengan maklumat yang tidak sahih itu. Jika ingin mengikuti perkembangan ribut tersebut, bolehlah merujuk kepada laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) mahupun menelefon mana-mana balai polis terdekat untuk maklumat," katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini membenarkan kebanyakan pesakitnya yang tidak serius untuk pulang awal ke rumah sejak petang semalam, berikutan kegusaran mengenai ribut berkenaan.
Ini berikutan lokasi hospital itu terletak berdekatan dengan pantai peranginan Batu Buruk di sini.
Pesakit dibenarkan pulang sejak 6.30 petang semalam dengan kebanyakan petugas hospital termasuk doktor bekerja lebih masa untuk memantau keadaan.
Tinjauan juga mendapati peralatan hospital di tingkat bawah dan tingkat satu HSNZ sudah dikemaskan dan pesakit yang kritikal dipantau dan akan dipindahkan jika berlakunya banjir lebih besar seperti diramalkan berlaku hari ini dan esok.
Bernama
Mon Jan 07 2013
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Polis Terengganu adakan latihan hadapi PRU-13
Polis Terengganu akan mengadakan program latihan amal pilihan raya untuk persiapan anggota polis di negeri itu dalam menghadapi PRU-13.
Polis Terengganu: Jangan pandang remeh kes curi kecil
Polis Terengganu menasihati orang ramai agar tidak memandang remeh kes kecurian kecil dan membuat laporan jika ada insiden itu.
Sonamu: Polis Terengganu sedia anggota di tempat berisiko
Polis Terengganu akan menempatkan anggotanya di beberapa lokasi berisiko terutamanya di sekitar kawasan pantai peranginan bagi menjamin keselamatan orang ramai.