awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOP Aidilfitri: Polis nafi gambar tular kompaun RM30,000

Bernama
Bernama
14/05/2021
02:30 MYT
SOP Aidilfitri: Polis nafi gambar tular kompaun RM30,000
Orang ramai dinasihat agar menghentikan sebarang penyebaran gambar atau berita tidak tepat untuk dimuat naik atau dikongsi di laman sosial.
SEREMBAN: Polis menafikan penularan gambar tular di media sosial berhubung pelaksanaan operasi pihak polis yang mengenakan kompaun sebanyak RM30,000 kepada orang awam atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata sebaliknya ia merupakan gambar pemeriksaan rumah ke rumah pada hari raya pertama Aidilfitri di kawasan perumahan di Nilai Impian, Nilai, semalam.
"Gambar itu telah disalah tafsir sebagai tindakan kompaun. Kejadian sebenar adalah polis melakukan tinjauan bersama dengan pihak media untuk melihat kadar pematuhan penduduk terhadap SOP Aidilfitri di kawasan berkenaan.
"Dalam tinjauan itu, kami mendapati kadar pematuhan penduduk di kawasan perumahan berkenaan berada pada tahap tinggi dan tiada sebarang aktiviti yang melanggar SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Gambar tular di Twitter itu memaparkan pemilik akaun 'No War But Class War' menaik status 'Area Rumah Aku Nilai Impian.Tuan Rumah RM25K, Tetamu RM5K.
Jelasnya, orang ramai dinasihatkan agar menghentikan sebarang penyebaran gambar atau berita tidak tepat untuk dimuat naik atau dikongsi di laman sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kompaun
#polis
#Tular
#Nilai Impian
#salah tafsir
#tinjauan
#SOP Aidilfitri
#pematuhan SOP
#MKN
#nilai
#pemeriksaan
#rumah
#berita tidak tepat
#Mohd Fazley Ab Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan