awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOP COVID-19: Perlu penilaian, keputusan yang dipersetujui bersama - Dr Zaliha

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
03/01/2023
11:07 MYT
SOP COVID-19: Perlu penilaian, keputusan yang dipersetujui bersama - Dr Zaliha
Kata Dr Zaliha, KKM berharap untuk mencapai satu keputusan terbaik dalam mesyuarat Kabinet yang akan berlangsung esok. - Foto BERNAMA
SEPANG: Sebarang keputusan berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 membabitkan kemasukan pelancong luar negara termasuk dari China, perlu diputuskan secara bersama.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, isu ini bukan sahaja membabitkan Kementerian Kesihatan, dan pihaknya berharap untuk mencapai satu keputusan terbaik dalam mesyuarat Kabinet yang akan berlangsung esok.
"Perlu keputusan bersama kerana hal ini melibatkan isu keselamatan, kesihatan rakyat, ekonomi dan sebagainya, jadi kena dapat maklumat yang tepat dari rakan-rakan dari kementerian lain juga.
"Esok ada mesyuarat Kabinet dan saya pun sudah berjumpa dengan Perdana Menteri, kita akan bentangkan fakta yang diperolehi dan kita bentangkan juga kemungkinan yang boleh berlaku.
"Kita harap esok ada keputusan terbaik yang akan mengimbangi sudut sains dan data, serta persepsi masyarakat," ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas membuat pemantauan tahap kesiapsiagaan negara dalam berdepan sebarang kemungkinan, khususnya melihat pada trend peningkatan kes COVID-19 di luar negara.
Tambahnya, KKM amat serius dalam soal kesihatan awam dengan persiapan rapi termasuk Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) yang beroperasi 24 jam bagi membolehkan maklumat tepat dan terkini diperolehi.
KKM juga berharap rakyat mematuhi saranan kesihatan, selain turut menggalakkan pengambilan vaksin penggalak.
"Mask mandate masih dilaksanakan khususnya dalam pengangkutan awam dan pusat kesihatan. Di tempat yang lain, kita galakkan orang ramai untuk terus pakai pelitup muka terutama di kawasan sempit dan sesak," katanya lagi.
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#Zaliha Mustafa
#COVID-19
#Pelancong China
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan