awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOP COVID-19: Sidang Media Khas Mesyuarat Kuartet Menteri jam 1.30 tengah hari ini

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
14/09/2021
04:28 MYT
SOP COVID-19: Sidang Media Khas Mesyuarat Kuartet Menteri jam 1.30 tengah hari ini
Sidang Media Khas sempena Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 bberhubung SOP COVID-19 akan berlangsung di Bangunan Parlimen sekitar jam 1.30 tengahari, hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Satu sidang Media Khas sempena Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 berhubung Prosedur Operasi Standard (SOP) akan berlangsung di Bangunan Parlimen jam 1.30 tengah hari ini.
Empat Menteri Kabinet yang ditugaskan untuk memperincikan langkah penyesuaian dan kelonggaran SOP ini bagi membendung penularan COVID-19 dijangka terlibat dengan sidang media tersebut.
Antaranya Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Sidang media berkenaan dijangka akan menyentuh mengenai keputusan kelonggaran kepada orang ramai sebelum ini serta kaedah SOP sedia ada dapat dipermudahkan dan difahami semua lapisan masyarakat.
JANGAN KETINGGALAN DENGAN APA YANG BERLAKU DI PARLIMEN SETIAP HARI
Pihak media juga difahamkan perincian berhubung kelonggaran merentas negeri dan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi akan disentuh dalam sidang media berkenaan.
Ini termasuk gelembung pelancongan seperti 'travel and tourism bubble' dengan Pulau Langkawi sebagai projek rintis dan kemungkinan diperluaskan kepada kawasan pelancongan lain.
Dalam masa sama, ia turut melibatkan proses peralihan negara daripada fasa pandemik kepada endemik Oktober ini.

Astro AWANI akan membawakan sidang media ini secara langsung dari Bangunan Parlimen di Saluran 501, aplikasi Live TV dan platform media sosial. Tonton!
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Hishamuddin Hussein
#COVID-19
#pergerakan rentas negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan