KOTA KINABALU: Keputusan Kerajaan Sabah membenarkan dine-in di premis bermula hari ini mengundang kekeliruan dalam kalangan peniaga.
Ini kerana rata-rata peniaga tidak mendapat prosedur operasi standard (SOP) yang jelas mengenai kebenaran dine-in di restoran itu.
Tinjauan Astro AWANI mendapati rata-rata peniaga berharap agar SOP yang jelas disediakan sebelum sebarang pengumuman dibuat bagi mengelak berlaku kekeliruan seperti sekarang.
Bagi Pemilik Kedai Onde D'Cafe, Debbie Nieh ekoran kekeliruan itu dia mengambil keputusan untuk tidak menyusun meja dan kerusi untuk tujuan dine-in di restorannya.
"Pagi tadi saya datang pun sebenarnya saya mahu buka tetapi apabila saya lihat peniaga lain simpan balik kerusi meja (tidak boleh dine-in) ia membantutkan hasrat itu.
"Jadi saya ambil keputusan untuk menyediakan makanan untuk perkhidmatan bawa pulang," katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Difahamkan beberapa pegawai penguat kuasa kesihatan daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu memberi amaran kepada peniaga untuk supaya tidak menyediakan meja dan kerusi untuk perkhidmatan dine-in.
Debbie menambah, kerajaan sepatutnya mengeluarkan SOP yang jelas sebelum membuat pengumuman pelonggaran SOP termasuk membenarkan dine-in di restoran.
BACA: Sabah benarkan dine-in di restoran dan gunting rambut mulai esok
"Harap-harap SOP perlu jelas dahulu sebelum pengumuman dibuat. Informasi di media sosial hanya akan mengelirukan peniaga macam kami," katanya.
Nasib sama turut dialami Pemilik Wei Lee Coffee & Chicken Cuisine, Anita Chong yang berkata walaupun mendapat maklumat bahawa dine-in dibenarkan, tetapi tiada SOP diberikan.
Oleh itu, Anita mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu perkhidmatan itu.
"Jadi kita tunggu sajalah. Saya berharap kalau boleh bukan saja kami punya kedai makan boleh dine-in tetapi bisnes kecil lain pun boleh buat benda sama. Ia membolehkan mereka jana pendapatan untuk berbelanja," katanya.
Pada Isnin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan membenarkan operasi dine-in di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel mulai Selasa (29 Jun 2021).
Katanya, keputusan itu susulan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa Pertama selain sebahagian SOP Negeri Sabah PKP 3.0 dikekalkan.
Malah, Hajiji menjelaskan SOP Negeri Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Eleanor Michelle Patrick
Tue Jun 29 2021
Rata-rata peniaga tidak mendapat SOP yang jelas mengenai kebenaran dine-in di restoran itu. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
44 kes melioidosis direkodkan di Sabah setakat ini
Ia merupakan peningkatan sebanyak 12.8 peratus berbanding dengan jumlah kes yang dilaporkan pada ME sama pada tahun lepas iaitu sejumlah 39 kes.
Sabah rancang jadikan Pulau Gaya sebagai tarikan pelancong - Hajiji
Kerajaan negeri bercadang untuk mengindahkan Pulau Gaya dan menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak di perairan Kunak, Sabah
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak ketika sedang menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak pagi tadi.