KOTA BHARU: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan berkaitan COVID-19 bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu selewat-lewatnya dua atau tiga hari sebelum tarikh pengundian pada 12 Ogos ini.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata pihak KKM akan mengadakan perjumpaan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membincangkan SOP yang lebih spesifik semasa hari mengundi terutama membabitkan pengundi yang dijangkiti COVID-19.
"Buat masa ini (kempen) kita kekal mengikut garis panduan sedia ada seperti yang dibincangkan sebelum ini, bagaimanapun untuk hari mengundi pihak KKM akan jumpa dgn SPR untuk SOP lebih spesifik terutama untuk mereka yang didapati positif COVID-19.
"Perkara ini akan selesai segera sebelum hari mengundi dan kami akan umum dua, tiga hari sebelum mengundi (12 Ogos)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan 2022 kepada 1,363 penerima di sini hari ini.
Sebelum ini, KKM menetapkan SOP COVID-19 yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai garis panduan PRN dan PRK, malah perbincangan bersama SPR dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dilakukan jika terdapat keperluan untuk pelaksanaan SOP baharu.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu kekosongan jawatan doktor termasuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) susulan perpindahan ke negeri, Dr Zaliha berkata seramai 675 pegawai perubatan kontrak yang sudah tamat latihan siswazah sudah ditempatkan di beberapa fasiliti di seluruh negara setakat ini.
Beliau bagaimanapun berkata seramai 1,150 pegawai perubatan kontrak lagi akan ditempatkan di beberapa fasiliti di seluruh negara mulai esok.
"Memang akan ada sedikit pengurangan jumlah doktor sebab kami dah pindahkan mereka tetapi akan segera diisi kerana kami akan pastikan bahawa perkhidmatan kesihatan seluruh negara tidak akan terjejas dan sedang agihkan ikut keperluan bagi setiap fasiliti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023
Dr Zaliha berkata pihak KKM akan mengadakan perjumpaan dengan SPR untuk membincangkan SOP yang lebih spesifik semasa hari mengundi terutama membabitkan pengundi yang dijangkiti COVID-19. -Gambar fail/Bernama
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.