awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOP ibadah umrah dimuktamadkan bulan depan - Khairy

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
20/01/2022
10:42 MYT
SOP ibadah umrah dimuktamadkan bulan depan - Khairy
Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan memuktamadkan proses penilaian risiko dan SOP perjalanan umrah menjelang pertengahan bulan depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) akan memuktamadkan proses penilaian risiko dan prosedur operasi standard (SOP) perjalanan umrah menjelang pertengahan bulan depan.
Sehubungan itu, sesi libat urus membabitkan kedua-dua kementerian itu dengan Persatuan Persatuan Agensi Pelancongan (Umrah) diadakan semalam bagi mendapatkan maklum balas.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sesi berkenaan diadakan bagi memberi peluang kepada kedua-dua kementerian mendengar hala tuju industri umrah susulan daripada keputusan penangguhan sementara yang sedang berkuat kuasa.
“Pada sesi tersebut, saya dan Menteri Motac telah menyatakan komitmen untuk memperincikan dan memperhalusi setiap isu serta cadangan yang dikemukakan di peringkat kementerian masing-masing sebelum membentangkan cadangan penambahbaikan kepada Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 akan datang.
“Antaranya termasuklah proses saringan semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), pelaksanaan kuarantin sama ada di stesen-stesen kuarantin ataupun di kediaman dan juga peranan agensi pelancongan umrah sebelum, semasa dan selepas mengerjakan umrah,” kata Khairy dalam sidang media di Parlimen di sini, pada Khamis.
Hasil daripada perbincangan tersebut, beliau berkata, kedua-dua kementerian komited untuk memuktamadkan proses penilaian risiko dan SOP perjalanan umrah menjelang Februari ini.
Justeru, jelasnya, KKM amat berharap agar semua pemain industri dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan aktiviti umrah dapat terus dilaksanakan dengan selamat.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#SOP umrah
#MOTAC
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan