KUALA LUMPUR: Parlimen Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menyediakan beberapa prosedur operasi standard (SOP) khas bagi memastikan kelancaran perjalanan sesi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang bermula hari ini, selain mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata antara SOP yang perlu dipatuhi semua individu yang akan memasuki Bangunan Parlimen adalah mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap dan melebihi 14 hari dari tarikh dos terakhir, menjalani ujian saringan COVID-19 secara Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) dalam masa tiga hari sebelum memasuki bangunan itu (kali pertama sahaja).
"Selain itu, sepanjang tempoh persidangan Parlimen berlangsung, semua hadirin yang hadir ke Bangunan Parlimen perlu menjalani ujian kendiri pengesanan jangkitan COVID-19 seperti yang ditetapkan oleh pihak Parlimen," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata KKM turut menasihatkan agar semua individu yang akan hadir ke Parlimen dikehendaki untuk mematuhi SOP dan peraturan-peraturan sedia ada bagi memastikan mesyuarat dapat berjalan lancar, selamat serta penularan COVID-19 dapat dicegah di kawasan Parlimen.
Sementara itu beliau berkata seramai 26 daripada 1,801 individu yang menjalankan ujian saringan COVID-19 di Bangunan Parlimen pada 10 dan 11 Sept, dikenal pasti positif COVID-19 dan kes yang dilaporkan itu merupakan hasil ujian RT-PCR yang melibatkan seorang senator dan 25 kakitangan parlimen.
Beliau berkata selain daripada itu, terdapat juga dua Ahli Parlimen dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di luar bangunan itu dalam tempoh sama.
"Hasil siasatan awal mendapati kesemua individu positif telah lengkap vaksinasi dan 15 daripada mereka adalah kes disahkan COVID-19 sebelum ini iaitu di antara 27 Mei 2021 hingga 1 September 2021, manakala 13 individu pula baharu sahaja dikesan positif buat pertama kali semasa saringan 10 sehingga 11 September 2021.
"Dua kes mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi dengan nilai CT atau nilai kitaran ambang RT-PCR di antara 17.57 sehingga 20.58, dan 26 kes dengan nilai CT di antara 21.95 sehingga 38.23," katanya.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata ujian PCR "genotyping assay" yang dijalankan mendapati 18 sampel berkemungkinan besar adalah Varian Delta dan satu berkemungkinan besar adalah Varian Beta.
Katanya, bagi mengesahkan jenis varian ini, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah mula menjalankan penjujukan seluruh genom COVID-19.
Dalam pada itu, beliau berkata antara langkah yang diambil bagi mengekang penularan virus itu di Bangunan Parlimen ialah individu yang kali pertama disahkan positif ini (13 kes) tidak dibenarkan hadir ke sidang parlimen.
"Mereka telah diasingkan dan diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO). Siasatan dan penilaian risiko masih dijalankan untuk menentukan kaitan epidemiologi di antara satu sama lain serta mengenal pasti kontak rapat," katanya.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa individu yang pernah disahkan COVID-19 sebelum ini (15 kes), akan disiasat semula untuk menilai tahap kesihatan dan jangkitan semasa supaya tindakan lanjut dapat diambil.
"Tindakan ini penting bagi mengenal pasti dengan lebih lanjut status jangkitan mereka memandangkan terdapat di kalangan mereka yang masih mempunyai gejala ringan. Buat masa ini, mereka juga tidak dibenarkan hadir ke Sidang Parlimen sehingga diberi keputusan akhir penilaian Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 12 2021
KKM turut menasihatkan agar semua individu yang akan hadir ke Parlimen dikehendaki untuk mematuhi SOP sedia ada. - Foto fail
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Nancy harap tindakan segera diambil kurangkan populasi buaya
Populasi buaya yang semakin meningkat di Sarawak dipercayai mencetuskan konflik antara reptilia itu dan manusia sehingga mencetuskan beberapa siri serangan buaya ke atas manusia.
Warga emas cari lokan disyaki dibaham buaya masih belum ditemui
Pasukan SAR bagi mencari Minu Kin, warga emas yang dipercayai dibaham buaya ketika mencari kolan di Sungai Rayu, Lundu pada Rabu lalu masih gagal menemui sebarang petunjuk selepas tiga hari operasi dijalankan.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'DAP ada calon layak terdiri daripada Melayu, Cina, India'
Ng Sze Han berkata pihaknya mempunyai ramai calon yang layak bertanding terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.