awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOP Persidangan Dewan Rakyat diluluskan, antara tumpuan kenyataan media PKPP

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
07/07/2020
06:49 MYT
SOP Persidangan Dewan Rakyat diluluskan, antara tumpuan kenyataan media PKPP
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan memaklumkan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri telah meluluskan SOP sempena Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula 13 Julai ini. - Gambar fail
Sehingga hari ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telahpun memasuki hari ke-27.
Setakat ini, usaha berterusan terus dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan sebarang prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang PKPP dipatuhi oleh industri berkaitan dan rakyat negara ini.
Terbaharu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan memaklumkan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri telah meluluskan SOP sempena Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula 13 Julai ini.
Berikut lima tumpuan kenyataan media PKPP:
1) Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 67 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara, 44,028 kenderaan diperiksa bagi mengekang kemasukan PATI. Lima warganegara asing ditahan kerana kesalahan imigresen.
2) Dua rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA2 pada 6 Julai dibawa ke hospital, sementara 1,144 lagi menjalani kuarantin wajib di rumah.
3) Sebanyak 19 lagi tapak binaan diarah tutup kerana tidak mematuhi SOP. Jumlah kumulatif tapak binaan yang mematuhi SOP adalah 2,800 setakat semalam.
4) Bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.
5) Mesyuarat Khas Menteri-Menteri meluluskan SOP Pelaksanaan Persidangan Parlimen yang akan bersidang pada 13 Julai hingga 27 Ogos 2020.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Imigresen
#Ismail Sabri
#KLIA
#KLIA2
#PDRM
#PKPP
#Polis Diraja Malaysia
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan