KUALA LUMPUR: Tindakan menjual dan menyorok pelbagai spesies burung bayan tempatan yang dilindungi bernilai RM20,000 di dalam ruangan tandas terbongkar selepas sebuah rumah di Kuala Rompin, Pahang diserbu pada Isnin lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi kira-kira jam 2.30 pagi itu dijalankan anggotanya dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara Skuadron Perisai 9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.
Menurutnya, Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) itu menemui tujuh ekor burung bayan tempatan dari spesies bayan nuri, bayan serindit dan bayan puling yang disimpan di ruang tandas rumah terbabit.
"Dianggarkan nilai burung terbabit berjumlah RM20,000.
"Seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang juga aktif menjual burung telah ditahan kerana gagal mempamerkan dokumen penyimpanan hidupan liar terbabit," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek menyewa rumah berkenaan yang terletak di perkampungan Orang Asli.
Katanya, burung terbabit juga dipercayai adalah untuk pasaran berdasarkan permintaan daripada pembeli.
"Namun, siasatan masih dijalankan sama ada aktiviti jualan itu dibuat secara dalam talian atau bersemuka.
"Kita juga tidak tolak kemungkinan suspek menyewa rumah di kawasan perkampungan Orang Asli bagi mengaburi dan mengelakkan daripada dikesan oleh penguat kuasa," ujarnya.
Tambahnya, kesemua rampasan dibawa ke Pejabat Jabatan Perhilitan Daerah Rompin, Pahang untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
"Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]," tegasnya.- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 20 2023

Dianggarkan nilai burung terbabit berjumlah RM20,000.- Sinar Harian

Lawatan ke China bawa pulangan besar kepada negara - PM
Malaysia dan China bersetuju untuk memantapkan dan membawa hubungan dua hala kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menghalang mana-mana pihak termasuk ahli politik, sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang untuk mengadakan program atau diundang menyertai program, yang diadakan di kawasan sekolah.

Syarikat china gaji rakyat Malaysia, beri latihan
Syarikat China yang menjalankan projek di Malaysia akan memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dan memberikan latihan kepada mereka.

Malaysia dan China permudah kemasukan pelancong
Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan untuk menambah frekuensi penerbangan ke atau dari China.

Liga Super: Reis selamatkan maruah Kedah di Kuantan
Jonathan Reis menyelamatkan Kedah Darul Aman FC daripada pulang tanpa sebarang mata selepas mengikat Sri Pahang FC, 1-1.

CSM sasar kutipan dana RM1.3 juta untuk Misi Ramadan ke-10 ke Syria dan Turkiye
CSM mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1.3 juta bagi Misi Ramadan ke-10 CSM ke bumi Syria dan Turkiye.

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

Sorok burung bayan RM20,000 dalam tandas
Tindakan menjual dan menyorok pelbagai spesies burung bayan tempatan yang dilindungi bernilai RM20,000 di dalam ruangan tandas terbongkar selepas sebuah rumah di Kuala Rompin, Pahang diserbu.