awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir: Pasangan Itali berjaya dikeluarkan dari Taman Negeri Endau Rompin
Warga emas maut dilanggar kereta terbabas laluan bertentangan
Reman tiga lelaki warga asing terbabit sindiket dadah antarabangsa disambung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini

Bernama
Bernama
27/12/2025
07:10 MYT
Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini
Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dikeluarkan oleh MetMalaysia untuk Pahang dan Johor hingga Isnin ini, dengan kawasan seperti Kuantan, Pekan, Rompin, dan Mersing terjejas. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini.

Ringkasan AI
  • Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dikeluarkan oleh MetMalaysia untuk Pahang dan Johor hingga Isnin ini, dengan kawasan seperti Kuantan, Pekan, Rompin, dan Mersing terjejas.
  • Selain itu, amaran hujan lebat tahap waspada juga diberikan untuk beberapa kawasan lain termasuk Kelantan, Terengganu, Jerantut, Maran, Bera, Segamat, Kluang, dan Kota Tinggi.
  • Cuaca buruk seperti ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 6 petang ini.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor melibatkan Mersing.
Amaran hujan lebat tahap waspada turut dikeluarkan bagi Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran serta Bera) dan Johor (Segamat, Kluang serta Kota Tinggi).
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang pula dijangka berlaku di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan setakat 6 petang ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk dijangka melanda Batang Padang di Perak serta Tanah Tinggi Cameron dan Lipis di Pahang selain Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Batu Pahat dan Pontian).
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjan) serta Limbang manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat, selain Labuan.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Kawasan yang terjejas oleh amaran hujan lebat tahap buruk di Pahang dan Johor ialah di mana? A: Kawasan yang terjejas termasuk Kuantan, Pekan, Rompin (Pahang) dan Mersing (Johor).
  • Q: Selain Pahang dan Johor, negeri-negeri lain yang turut menerima amaran hujan lebat tahap waspada adalah yang mana? A: Negeri-negeri yang turut menerima amaran hujan lebat tahap waspada termasuk Kelantan, Terengganu, Jerantut, Maran, Bera, Segamat, Kluang, dan Kota Tinggi.
  • Q: Apa sahaja cuaca buruk yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Malaysia menurut kenyataan MetMalaysia? A: Cuaca buruk seperti ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan pada waktu ini.

Topic Berkaitan
#hujan lebat
#cuaca buruk
#MetMalaysia
#tahap buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan