awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sorok dadah dalam patung Mickey Mouse

Bernama
Bernama
28/06/2017
05:07 MYT
Sorok dadah dalam patung Mickey Mouse
Kesemua mereka turut didapati positif dadah ketika ditahan, katanya.
Taktik tiga lelaki menyembunyikan dadah di dalam patung 'Mickey Mouse' untuk mengaburi mata pihak polis tidak berhasil apabila diberkas di sebuah rumah di Kampung Beris Lampu, Kuala Besut, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata patung berkenaan ditemui di bawah katil di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.
"Apabila pemeriksaan dilakukan ke atas patung berkenaan, polis menemui empat botol plastik cerah mengandungi heroin seberat 22 gram, 65 biji pil Eramin 5 dan empat biji pil Methamphetamine yang kesemuanya bernilai RM5,023," katanya kepada media,di sini hari ini.
Mohd Zamri berkata ksemua suspek berusia antara 25 hingga 27 tahun itu ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit.
Dua daripada suspek bekerja sebagai nelayan dan seorang lagi buruh.
Kesemua mereka turut didapati positif dadah ketika ditahan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#Kuala Besut
#methamphetamine
#Mickey Mouse
#rumah
#Superitendan Mohd Zamri Mohd Rowi
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan