awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sothinathan, Saravanan dan Balakrishnan naib presiden MIC baharu

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
01/12/2013
07:07 MYT
Sothinathan, Saravanan dan Balakrishnan naib presiden MIC baharu
Bekas naib presiden MIC Datuk S. Sothinathan membuat kemunculan semula ke dalam kepimpinan parti itu apabila beliau dipilih sebagai salah seorang naib presidennya.
Sothinathan pernah menyandang jawatan itu pada tahun 2006 hingga 2009.
Turut terpilih ke kerusi naib presiden adalah penyandangnya Datuk M. Saravanan dan Ketua MIC Bahagian Johor Bahru Datuk S. Balakrishnan.
Sothinathan meraih 717 undi, diikuti oleh Saravanan yang meraih 716 undi. Balakrishnan pula mendapat 683 undi.
Mereka yang tidak terpilih ke jawatan tersebut adalah Bendahari Agung MIC Datuk Jaspal Singh, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk S.K. Devamany, bekas Ketua Pemuda Datuk T. Mohan, Datuk S. A. Vigneswaran, Timbalan Ketua MIC Bahagian Bukit Bintang James Selvaraja.
Keputusan tidak rasmi semalam menunjukkan kemenangan yang berpihak kepada Sothinathan, Saravanan dan Jaspal.
Walau bagaimanapun, apabila dikira semula, jumlah undi menunjukkan angka yang berbeza.
Ekoran itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pemilihan MIC Tan Sri K. Kumaran membuat pengumuman bahawa keputusan rasmi akan diumumkan pagi ini selepas pengiraan terakhir.
Namun demikian, presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata pengiraan semula dilakukan dua kali dan pengiraan terakhir dibuat pada pukul 5.20 pagi.
Seramai 1,452 perwakilan termasuk 35 daripada Wanita dan Pemuda memilih semua jawatan berkenaan semalam.
Sementara itu, S. Sunthar, anak lelaki bekas Timbalan Presiden MIC Tan Sri S. Subramaniam adalah antara muka baru yang terpilih menganggotai Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC.
Selain Sunthar, muka baru lain yang turut terpilih ke jawatan tersebut adalah adalah Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan, bekas Bendahari Pemuda MIC J. Dhinagaran dan Pengerusi MIC Melaka, Datuk M.S. Mahadevan.
Topic Berkaitan
#MIC
#naib president
#pemilihan
#undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan