awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPAN digesa siasat isu gangguan bekalan air di Langkawi

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
28/03/2023
09:00 MYT
SPAN digesa siasat isu gangguan bekalan air di Langkawi
AWER gesa SPAN menyiasat isu gangguan bekalan air yang kerap berlaku di Langkawi. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyiasat isu gangguan bekalan air yang kerap berlaku di Langkawi.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, perkara itu sepatutnya tidak berlaku memandangkan pulau itu merupakan kawasan tumpuan pelancong.
Piarapakaran berkata, isu infrastruktur untuk merawat air tidak sepatutnya ditimbulkan setiap kali berlaku gangguan bekalan air memandangkan perkara itu boleh dikawal terutama daripada pihak SPAN.
"Isu pokok di Langkawi ini ialah bukan kita mengalami satu krisis yang tidak boleh dikawal.
"Apa yang berlaku ialah infrastruktur itu tidak tersedia wujud, dan setelah sekian lama SPAN beroperasi, bagaimana perkara ini dibiarkan berlaku.
"Adakah pengawal selia melihat kepada KPI yang ditetapkan, atau KPI di peringkat negeri, dan daerah tidak diendahkan.
"Jadi, saya rasa undang-undang dan dasar sudah ada, tetapi pelaksanaannya, adakah rakyat mendapat manfaat dari apa yang diluluskan di Parlimen," katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
BACA: Beberapa kawasan di Langkawi alami gangguan bekalan air - SADA
Dalam pada itu, beliau melihat kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa masalah air yang berlaku di Kedah sebagai situasi normal setiap kali musim kemarau yang panjang adalah tidak wajar.
Beliau berkata situasi air di negeri itu sepatutnya semakin baik memandangkan negara telah melalui proses penstrukturan semula industri perkhidmatan air.
Katanya lagi, berdasarkan data operasi bagi tahun 2021, Kedah tidak mempunyai margin simpanan atau kapasiti lebihan air jika berlaku apa-apa masalah untuk menghadapi isu bekalan air.
Selain itu, katanya, kadar air tidak terhasil bagi 2021 adalah sebanyak 49.9 peratus, iaitu pengurangan 30 peratus daripada tahun 2020.
"Dari segi infrastruktur memang kita ada masalah di Kedah. Di Langkawi, perlu kita titik beratkan sebab ramai pelancong luar negara datang ke situ," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#AWER
#SPAN
#S Piarapakaran
#bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan