Skip to main content

Malaysia

Speaker Dewan Rakyat tolak bahas isu pegangan saham Azam Baki

KUALA LUMPUR, 9 Feb -- Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul ketika hadir pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Johari memaklumkan telah menerima usul itu pada 12 Februari, namun satu jawatankuasa siasatan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak usul Ahli Parlimen Bukit Jelutong, Ramkarpal Singh untuk membahaskan isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di Dewan Rakyat.

Beliau memaklumkan telah menerima usul itu pada 12 Februari, namun satu jawatankuasa siasatan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut.

Advertisement

“Saya telah sahkan menerima usul Yang Berhormat (YB) yang dikemukakan pada 12 Februari 2026. Setelah membuat semakan, saya difahamkan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menyiasat secara terperinci mengenai isu itu.

“Oleh kerana jawatankuasa itu telah ditubuhkan dan siasatan sedang dilaksanakan, maka usul YB terpaksa saya tolak," katanya di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Johari berkata, adalah lebih baik membenarkan jawatankuasa berkenaan menjalankan siasatan dan tidak menolak kemungkinan membahaskannya apabila keputusan sudah diperoleh.

Terdahulu, Ramkarpal membangkitkan Peraturan Mesyuarat 18(1), yang membenarkan seorang bukan menteri memohon kebenaran untuk membangkitkan perkara berkepentingan awam yang mendesak dengan membacakan usul yang diluluskan oleh Speaker.

Must Watch Video