awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#SpeakUpForNature: WWF galak rakyat tulis surat kepada Exco alam sekitar

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2021
04:08 MYT
#SpeakUpForNature: WWF galak rakyat tulis surat kepada Exco alam sekitar
Tempoh kempen #SpeakUpForNature Citizen Action adalah dari Dis 2020 sehingga 28 Mac 2021, sempena sambutan Earth Hour.
KUALA LUMPUR:Tabung Hidupan Liar (WWF) Malaysia menganjurkan #SpeakUpForNature Citizen Action sebagai medium bagi memupuk rasa sayang dan bertanggungjawab rakyat terhadap alam sekitar.
Menerusi kempen tersebut, rakyat dijemput bersama mengenal pasti masalah alam sekitar di kawasan mereka dan menghantar surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap (Exco) Alam Sekitar di negeri masing-masing menerusi platform disediakan WWF-Malaysia.
Apa yang penting, kata WWF dalam satu kenyataan, masalah itu dimaklumkan kepada pihak berkenaan bagi membolehkan keputusan dibuat bagi memberi faedah kepada semua penduduk.
"Sila tulis dan beritahu apa yang penting bagi anda. Maklumat ini membantu Exco ketika membuat keputusan yang mempengaruhi komuniti.
"Kempen ini meminta penyertaan bersama untuk meningkatkan kesedaran.
"Ia sebagai saluran untuk individu menyuarakan pendapat mengenai isu-isu alam sekitar melalui surat yang ditujukan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Exco Alam Sekitar," katanya.
​​Tempoh kempen adalah dari Dis 2020 sehingga 28 Mac 2021, sempena sambutan Earth Hour.
Menurut WWF-Malaysia, setiap individu perlu mengurus masalah persekitaran di kawasan sendiri untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih dahsyat.
Jelasnya, surat yang mencetuskan perdebatan boleh memberi inspirasi kepada orang lain yang menyokong perjuangan itu supaya turut bersuara.
"Surat anda memerlukan tiga perkara mudah, iaitu penerangan mengenai isu, penjelasan mengenai masalah dan apa yang anda mahu pegawai lakukan mengenai masalah tersebut.
​"Contoh masalah persekitaran yang boleh anda tulis adalah mengenai pembuangan sisa pepejal yang tidak betul, saliran dan pengairan yang tidak mencukupi, pencemaran udara dan bunyi, serta isu kualiti air," kata WWF-Malaysia.
Topic Berkaitan
#WWF
#SpeakUpForNature Citizen Action
#alam sekitar
#Exco
#Earth Hour
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan