KUALA LUMPUR: Skuad hoki senior lelaki kebangsaan bakal berdepan perlawanan pemanas badan menentang New Zealand sebelum berentap dalam aksi Piala Sultan Azlan Shah, Mei depan.
Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Sarjit Singh berkata perlawanan persahabatan yang bakal berlangsung pada 1 Mei di Ipoh, Perak itu adalah bagi menguji kekuatan skuad Speedy Tigers yang 'berwajah' baharu sebelum beraksi di Piala Sultan Azlan Shah yang akan bermula dari 4 hingga 11 Mei ini.
"Pasukan New Zealand akan tiba di Malaysia pada 28 April dan kita akan adakan satu perlawanan, mereka akan berentap di Sukan Olimpik, jadi kita akan cuba main dengan mereka.
"Kita juga akan cuba aturkan perlawanan bersama Pakistan sebab kemungkinan kita akan bermain dengan mereka dalam satu pool di Piala Negara-Negara," katanya kepada pemberita pada hari pertama sesi latihan skuad Speedy Tigers di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Speedy Tigers turut dijadual membawa cabaran negara pada kejohanan Piala Negara-Negara di Poland dari 30 Mei hingga 1 Jun depan.
Mengulas sesi latihan malam tadi, Sarjit berkata 42 pemain telah melaporkan diri.
"Tengku Nasrul Ikmal Tengku Abd Rahim akan lapor diri lambat sedikit, Perabu Tangaraja tarik diri pada saat-saat akhir kerana hal peribadi, Muhammad Arif Syafie Ishak dan Andywalfian Jeffrynus cedera dan belum pulih manakala Faizal Saari beraksi di Bangladesh dan akan kembali pada 15 April depan.
"Muhammad Syafiq Hassan menggantikan Perabu, dia ada hubungi saya untuk meminta diberikan peluang dan saya beri peluang kepadanya," kata beliau.
Minggu lepas, Sarjit telah memanggil 46 pemain daripada pasukan dalam Liga Hoki Malaysia bagi menyertai sesi latihan yang bermula semalam hingga 30 Mac.
Beliau berkata kem latihan itu bertujuan melihat kebolehan setiap pemain sebelum mereka dimuktamadkan kepada 30 orang bagi membentuk wajah baharu Speedy Tigers untuk mengharungi saingan Piala Sultan Azlan Shah dan Piala Negara-Negara di Poland.
Sarjit berkata semua pemain akan dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk berentap sesama sendiri dalam lapan perlawanan sebelum senarai penuh skuad negara dikeluarkan pada 1 April.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia Datuk Seri Subahan Kamal memberi kata semangat kepada skuad hoki kebangsaan pada sesi latihan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto BERNAMA
Polis Sepanyol rampas jersi tiruan, nilai melebihi RM30 juta
Semua jersi tersebut dijual menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara antara Real Madrid dan Borussia Dortmund dan Kejohanan Eropah di Jerman bulan depan.
WHO cemas jumlah kes denggi yang tinggi
Bilangan kes denggi di seluruh dunia dilaporkan meningkat sejak lima tahun lalu, dengan situasi yang amat membimbangkan di benua Amerika tahun ini, menurut laporan baharu yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.
Beberapa orang awam termasuk polis cedera diserang di Mannheim
Seorang lelaki cedera ditembak polis tempatan selepas mencederakan beberapa individu di dataran di bandar Mannheim barat daya Jerman, pada Jumaat.
Lebih 6,000 mangsa banjir diselamatkan di India
Taufan Emal yang melanda negeri Manipur, di timur laut India menyebabkan lebih 6,000 penduduk di sana terperangkap akibat banjir kilat.
Situasi itu menyebabkan pasukan penyelamat digerakkan ke negeri tersebut bagi menyalurkan barangan keperluan kepada mangsa yang terkandas di rumah.
Situasi itu menyebabkan pasukan penyelamat digerakkan ke negeri tersebut bagi menyalurkan barangan keperluan kepada mangsa yang terkandas di rumah.
Selepas sabitan bersalah, Trump adakan sidang media
Sehari selepas juri New York mensabitkan bekas Presiden Donald Trump bersalah atas 34 pertuduhan jenayah memalsukan rekod perniagaan, calon presiden Parti Republikan itu mengadakan sidang media di Menara Trump di Manhanttan.
Bekas Speaker Parlimen Iran Larijani lancar bidaan Presiden
Bekas Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani mengemukakan pencalonannya untuk pilihan raya Presiden yang ditetapkan bulan depan berikutan kematian Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter.
Bawa gagasan perjuangan Palestin dalam bentuk keamanan
Antara strategi yang boleh digunakan ialah dengan mengajak masyarakat dunia mengutuk kezaliman zionis dan membiarkan mereka menyampah dengan pemeritahan yang zalim.
[TERKINI] SPRM siasat isu suami menteri terima kontrak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima beberapa aduan baharu berhubung isu suami seorang menteri dilantik untuk memberi bukti konsep satu projek pengangkutan oleh Kerajaan Selangor. c
62 jemaah dirawat di hospital, jangkitan paru-paru paling ramai
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, sehingga 29 Mei, seramai 62 jemaah Malaysia jatuh sakit dan dirawat di Pusat Rawatan di Arab Saudi dan Pusat Rawatan Tabung Haji di Mekah.
InvestKL jadi anak syarikat MIDA berkuat kuasa 1 Jun - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mula menggabungkan semua fungsi agensi-agensi penggalakan pelaburan di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
KHM akan lantik empat pembantu jurulatih untuk skuad remaja
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bakal melantik empat jurulatih tambahan bagi membantu ketua jurulatih skuad kebangsaan Sarjit Singh mengendalikan skuad remaja negara pada masa akan datang.
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
Tugas jurulatih cabaran berbeza buat Mohamad Sukri
Pertukaran daripada seorang pemain kepada jurulatih disifatkan sebagai suatu cabaran berbeza oleh Mohamad Sukri Abdul Mutalib yang dilantik sebagai penolong jurulatih skuad Speedy Tiger.
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan
Perlawanan persahabatan di Ipoh itu bagi menguji kekuatan Speedy Tigers yang 'berwajah' baharu sebelum beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.
Arul harap Sarjit teruskan aspek sains sukan dalam skuad hoki negara
Banyak elemen sains sukan diperkenalkan bagi meningkatkan prestasi skuad negara dengan harapan ia mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia.
Sarjit jurulatih baharu Speedy Tigers
Sarjit yang merupakan jurulatih pasukan hoki Johor pernah mengendalikan skuad Speedy Tigers dari Januari 2007 hingga Disember 2008.