awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Spesifikasi kapal kargo angkasa lepas Haolong oleh China kini diketahui

Amanz
Amanz
13/11/2024
03:10 MYT
Spesifikasi kapal kargo angkasa lepas Haolong oleh China kini diketahui
Haolong beroperasi tanpa juruterbang. Ia berukuran 10 meter panjang dan 8 meter lebar. Bahagian kargo kapal angkasa boleh menempatkan sehingga 1.8 tan kargo. - Foto Amanz
CHINA memulakan projek membina kapal kargo angkasa lepas yang akan membawa kargo bagi keperluan stesen angkasa Tiangong mereka.
Antara projek yang dipilih ialah Haolong oleh Aviation Industry Corporation of China (AVIC).
Pada Pertunjukan Udara Antarabangsa Zhuhai minggu ini, AVIC berkongsi beberapa spesifikasi mengenai kapal kargo rekaan mereka.
Seperti dijangka, Haolong beroperasi tanpa juruterbang. Ia berukuran 10 meter panjang dan 8 meter lebar. Bahagian kargo kapal angkasa boleh menempatkan sehingga 1.8 tan kargo.
Ia akan dilancarkan menggunakan roket sebelum meneruskan perjalanan ke Tiangong.
Setibanya ke destinasi, ia akan berlabuh di dermaga yang terletak di bahagian buritan kapal.
Setakat ini, ia tidak dilihat mempunyai kemampuan untuk meletakkan satelit ke orbit seperti 'space shuttle'.
Dua 'pintu' pada bahagian atas sekadar digunakan untuk melindungi panel solar. Panel solar dibuka sepanjang masa ia berlabuh di Tiangong.
Menerusi animasi yang dikongsi, angkasawan akan memasuki ruang kargo dan mengeluarkan sendiri keperluan.
Usai misi, Haolong akan kembali semula ke bumi seperti sebuah space shuttle dengan pendarat beroda, di atas landasan lapangan terbang.
Sumber: Space.com
Topic Berkaitan
#Haolong
#China
#kapal kargo angkasa lepas
#Stesen Angkasa Tiangong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan