awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
35 tokoh pelbagai bidang terima lantikan Ahli Majlis Pengakap Negara
Jualan Program Agro MADANI cecah RM13.25 juta dalam tempoh 25 hari
Ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 7 malam ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Spider-Man' terjatuh ketika mendaki Bukit Dinding

Sinar Harian
Sinar Harian
31/01/2026
07:30 MYT
'Spider-Man' terjatuh ketika mendaki Bukit Dinding
Operasi menyelamat membabitkan sembilan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berpakaian kostum Spider-Man cedera selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 20 meter ketika mendaki Bukit Dinding di sini pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berpakaian Spider-Man cedera selepas terjatuh kira-kira 20 meter ketika mendaki Bukit Dinding pada Jumaat.
  • Pegawai Pertahanan Awam menerima laporan kejadian pada jam 5 petang; pasukan penyelamat perlu mendaki bukit sejauh satu kilometer sebelum sampai ke mangsa.
  • Operasi menyelamat melibatkan sembilan anggota APM Kuala Lumpur dan dua kenderaan penyelamat sebelum mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa dipercayai terjatuh di kawasan cerun berkecuraman hampir 75 darjah ketika sedang melakukan aktiviti pendakian.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Cheras dan Sentul, Mejar Pertahanan Awam Mohamad Aminullah Zulkafly berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuala Lumpur menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.02 petang.
"Sejurus menerima maklumat, dua pasukan penyelamat termasuk perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS) telah digerakkan ke lokasi kejadian.
"Kenderaan pertama tiba di lokasi pada jam 5.44 petang sebelum operasi menyelamat dimulakan pada jam 5.54 petang,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya, pasukan penyelamat terpaksa mendaki bukit sejauh kira-kira satu kilometer mengikut laluan trek sebelum bergerak lebih kurang 70 meter di luar trek bagi sampai ke lokasi mangsa.
"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari ketinggian kira-kira 20 meter di kawasan cerun yang mempunyai kecuraman sekitar 75 darjah.
"Ketika ditemui, mangsa mengadu mengalami kesakitan pada bahagian tulang belakang dan kaki," katanya.
Menurutnya, operasi menyelamat membabitkan sembilan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur dengan bantuan sebuah Light Rescue Vehicle (LRV) dan sebuah Medical Rescue Vehicle (MRV).
"Mangsa berjaya dibawa turun ke kawasan selamat sebelum diserahkan kepada pasukan EMS untuk rawatan awal.
"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan dimasukkan ke Zon Resusitasi 2 untuk rawatan lanjut,” katanya.
Tambah beliau, operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.20 petang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Spider-Man terjatuh daki bukit
#APM
#pendaki cedera
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan