awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPM 2017: Anak pengasuh sujud syukur berjaya raih 8A

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
15/03/2018
10:31 MYT
SPM 2017: Anak pengasuh sujud syukur berjaya raih 8A
Sharafana (empat kiri) dan pelajar cemerlang SPM 2017 dari SMK Dato Syed Ahmad menerima keputusan peperiksaan mereka dari Mahdzir di Kuala Nerang hari ini. --fotoBERNAMA
Melihat keperibadian Sharafana Diana Shaharudin yang periang dan bersahaja, tidak ramai yang menyangka dia boleh memperolehi 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang didudukinya tahun lepas.
Bagaimanapun, sebaik menerima keputusan itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang itu lantas mengerjakan sujud syukur tanda kesyukuran kepada Tuhan.
Katanya, kunci kejayaan yang dipegangnya ialah, sentiasa solat dan ringan tulang membantu ibu, serta sentiasa bertawakal kepada Allah.
"Saya langsung tak harap apa-apa sebenarnya dalam SPM ini. Tetapi, apabila dapat keputusan begini, Alhamdulillah, Allah hendak bagi rezeki.
"Tiada apa-apa (rahsia), hanya belajar seperti biasa. Selepas solat Isyak, saya tidur. Kemudian, dalam pukul dua atau tiga pagi, saya bangun belajar sedikit. Kemudian, pergi sekolah, jawab (peperiksaan). Tawakal seperti biasa," katanya.
Anak bongsu dari lima beradik ini menggenggam cita-cita untuk menjadi seorang usahawan berjaya suatu hari nanti.
Ibunya Salmah Jawahir, 62 tahun, merupakan seorang ibu tunggal selepas kematian bapanya pada 2012 akibat barah otak.
Mereka tinggal di Kampung Baru, Kuala Nerang, dalam keadaan serba kepayahan, di mana ibunya hanya menerima RM300 sebulan sebagai upah mengasuh bayi.
"Pesanan saya, belajar bersungguh-sungguh. Apabila berjaya, boleh bantu emak. Emak orang susah, tiada pelajaran. Sekurang-kurangnya dia ada ilmu yang boleh menyumbang sedikit kepada kesenangan hidup," kata Salmah.
Lebih membanggakan, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid hadir sendiri ke rumah mereka untuk menyerahkan keputusan SPM kepada Sharafina.
Dia antara 11 pelajar cemerlang (SMK) Syed Ahmad yang mencatat keputusan semua A dalam SPM 2017.
Kejayaan itu juga menobatkan sekolah itu sebagai sekolah terbaik kategori luar bandar yang mencatat keputusan cemerlang dalam SPM.
Topic Berkaitan
#anak
#Kedah
#Kuala Nerang
#Mahdzir Khalid
#pengasuh
#SMK Syed Ahmad
#SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan