KUALA LUMPUR: Semua 401,105 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang bakal menduduki peperiksaan itu bermula Isnin, diingatkan sentiasa mematuhi Garis Panduan Pengurusan 2 dan Pengoperasian Sekolah Dalam Normal Baharu 2.0 serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ini bagi memastikan kelancaran peperiksaan serta mencegah penularan COVID-19.
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan semalam turut mengingatkan, semua calon merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.
"Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada portal rasmi Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my.
"Calon juga diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan pernyataan pendaftaran peperiksaan ke pusat peperiksaan," demikian menurut kenyataan itu.
Lembaga Peperiksaan turut memberitahu bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian SPM 2020, seramai 48,014 petugas peperiksaan dilantik untuk bertugas di 3,310 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Peperiksaan SPM 2020 akan berlangsung bermula 22 Feb hingga 25 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 20 2021
Calon SPM juga diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan pernyataan pendaftaran peperiksaan ke pusat peperiksaan. - Gambar fail
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Calon SPM antara 2 lagi ditahan terlibat samun bersenjata warga asing
Dua lagi pelajar sekolah menengah ditahan pada Sabtu, selepas disyaki terlibat dengan kes samun berkumpulan menggunakan senjata di Cheras.
Tiada calon SPM 2023 terjejas banjir - Fadhlina
Tiada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang terjejas biarpun ada beberapa negeri terkesan akibat banjir ketika ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Tiga calon SPM ditahan curi EX5
Mereka ditahan bersabit kesalahan mencuri motosikal yang berlaku di daerah Pasir Puteh, Kelantan dan Besut, Terengganu.
7 pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat
JPN Kelantan memaklumkan tujuh pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat berlaku di negeri ini.
Calon SPM maut kemalangan langgar lari dekat sekolah
Polis sedang menyiasat kejadian seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun maut dilanggar lari sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, di sini tengah hari tadi.
KPM ikut garis panduan jika calon SPM terjejas banjir - Fadhlina
KPM telah melakukan persediaan bagi memastikan pelajar tidak terkesan akibat banjir, sekali gus peperiksaan berjalan dengan lancar bermula Selasa ini.
Program Tuisyen Rakyat Selangor, inisiatif menuju kejayaan pendidikan Selangor
Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), merupakan platform tuisyen secara bersemuka dan dimantapkan lagi dengan pembelajaran secara dalam talian, iltizam kerajaan negeri Selangor.
Tiada percanggahan angka pelajar tidak ambil SPM - Hui Ying
Kementerian Pendidikan mengesahkan hampir 30,000 direkodkan tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 termasuk calon yang berdaftar mengambil satu mata pelajaran dalam peperiksaan awam itu.
Calon SPM maut kemalangan
Mangsa cuba elak seorang warga emas yang melintas jalan secara melulu, namun, tidak sempat dan meluncur belakang Proton X70.
Batal keputusan Sejarah SPM 15 pelajar, KPM hormati keputusan Lembaga Peperiksaan - Radzi
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata LP adalah lembaga bebas dan selagi ia mematuhi protokol yang ditetapkan, segala keputusan yang dibuat harus dihormati.