awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPM 2023: 1,724 tidak hadir di Selangor, kemalangan dan ditahan polis antara punca

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
27/05/2024
04:50 MYT
SPM 2023: 1,724 tidak hadir di Selangor, kemalangan dan ditahan polis antara punca
Antara punca ketidakhadiran calon-calon terbabit adalah berhenti sekolah, kemalangan, meninggal dunia, sakit, serta ditahan polis. - Gambar hiasan/Sinar Harian
SHAH ALAM: Seramai 1,724 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 di Selangor yang berdaftar di sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) tidak hadir peperiksaan tersebut, dengan jumlah paling tinggi dikesan di kawasan bandar dan pinggir bandar.
Menurut Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Jafri Abu, antara punca ketidakhadiran calon-calon terbabit adalah berhenti sekolah, kemalangan, meninggal dunia, sakit, serta ditahan polis.
BACA: SPM 2023: Gred Purata Negeri Selangor naik, lebih 2,000 dapat keputusan cemerlang
Bagaimanapun, jelas beliau, kegagalan pihaknya menjejaki keberadaan calon yang berdaftar menjadi punca tertinggi ketidakhadiran.
"Tetapi secara tak langsung, kita telah menurunkan kadar yang tidak datang untuk mengambil peperikaan daripada 2,387 (pada 2022) kepada 1,724 pada 2023. (Penurunan) lebih kurang 663 calon daripada tahun lepas.
"Sebenarnya kita telah membuat intervensi bagi memastikan kehadiran pada hari peperiksaan. Pertama kita sentiasa membuat taklimat dan motivasi sebelum peperiksaan.
"Kita juga sentiasa menghubungi ibu bapa dan penjaga kepada murid tersebut dan bantuan kepada murid yang bermasalah semasa ingin hadir peperiksaan," katanya di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pengumuman analisis keputusan SPM Tahun 2023 Peringkat Negeri Selangor.
Seramai 72,923 calon telah mendaftar peperiksaan SPM Tahun 2023, dengan seramai 65,452 calon sekolah KPM, manakala selebihnya melibatkan sekolah agensi kerajaan (317); sekolah menengah agama negeri (198); sekolah swasta (2,766); serta persendirian (4,190).
Selain itu, Jafri berkata usaha berterusan dilakukan dengan menasihati calon-calon untuk menduduki peperiksaan di pusat yang paling dekat dengan rumah mereka.
"Kita buat semakan 30 minit sebelum peperiksaan bermula tetapi kadang-kadang memang tak dapat nak dikesan apabila murid ini sudah lama tak datang sekolah," tambahnya.
Jafri memaklumkan JPN Selangor berusaha merapatkan jurang pencapaian antara calon luar bandar dan bandar, dengan ketika ini memberi fokus kepada 61 sekolah bandar dan satu sekolah luar bandar di negeri itu.
Ujarnya, prestasi calon SPM Tahun 2023 menyaksikan murid-murid di luar bandar lebih baik kerana kebanyakan sekolah berasrama penuh berada di kawasan berkenaan.
Dalam masa sama, Jafry berkata berlaku peningkatan signifikan melibatkan calon yang mengambil mata pelajaran elektif Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Topic Berkaitan
#keputusan SPM 2023
#Calon tidak hadir SPM 2023
#Jafri Abu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan