SHAH ALAM : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan kenyataan media rasmi berkaitan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 yang dikatakan bermula lebih awal pada 5 Disember depan.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.
"Kita (kementerian) memang belum keluarkan kenyataan lagi.
"Tunggu sahaja laporan penuh kita itu nanti," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini, pada Selasa
Media melaporkan peperiksaan SPM 2023 bermula pada 5 Disember depan sejajar langkah KPM bagi mengembalikan sesi permulaan persekolahan kembali kepada asal iaitu pada Januari secara beransur-ansur.
Peperiksaan itu akan bermula dengan Ujian Amali Sains pada 5 Disember, diikuti Ujian Bertutur pada 8 Januari tahun depan.
Bagi peperiksaan bertulis, ia berlangsung pada 30 Januari dengan kertas terakhir pada 7 Mac.
Ini berbeza dengan jadual yang dihadapi oleh pelajar SPM 2022 yang bermula pada 30 Januari sehingga 15 Mac lalu.
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom menyifatkan langkah mengawalkan SPM itu merupakan langkah pertama untuk mengembalikan jadual persekolahan kembali seperti sediakala.
Perkara itu penting kerana tarikh peperiksaan paling sesuai adalah seperti sebelum pandemik iaitu pada November dan Disember yang merupakan tempoh cuti yang panjang, sekali gus memudahkan KPM menggunakan waktu dan ruang yang ada untuk menjalankan peperiksaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 22 2023
Fadhlina Sidek berkata, pihaknya setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Kasino di Forest City
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
World Economic Forum berbeza dari kelaziman
Lazimnya World Economic Forum (WEF) akan berlangsung setiap musim sejuk di Davos, Switzerland, lokasi lahirnya forum berprestij dunia ini sejak lebih lebih dekad lalu.
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Pemain Astro Kem Badminton 2024 berpeluang berlatih di bawah jurulatih BAM
Wan Wah menjelaskan pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
#AWANI745
#AWANI745
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia gesa satu resolusi penyelesaian isu Palestin dapat dicapai
Malaysia antara lain mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi menghantar tentera pengaman ke Palestin.
Palestin perlukan 14 tahun untuk dibangunkan semula
Jumlah besar runtuhan akibat serangan dilakukan tentera Israel di Semenanjung Gaza mengambil tempoh sekurang-kurangnya 14 tahun untuk dibersihkan.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi seluruh dunia pulang selepas misi ditangguh
Delegasi seluruh dunia dan Malaysia dijangka bergerak pulang ke negara masing-masing dalam waktu terdekat.
Ia selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengumumkan penangguhan terbaharu misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Sabtu.
Rakan setugas Syaff Shukri dan jurukamera Ab Uzza Ab Latiff ada perinciannya.
#AWANI745
Ia selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengumumkan penangguhan terbaharu misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Sabtu.
Rakan setugas Syaff Shukri dan jurukamera Ab Uzza Ab Latiff ada perinciannya.
#AWANI745
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
#AWANI745
#AWANI745
Tangkapan anak MB Perlis, tidak jejas sokongan
Tangkapan ke atas anak Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan lima lagi individu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM600,000 tidak menjejaskan perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang ditandingi Perikatan Nasional.
#AWANI745
#AWANI745
SPM 2023: Ujian Amali Sains pada 5 hingga 7 Disember
Ujian Amali Sains bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 melibatkan mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan akan dilaksanakan pada 5 hingga 7 Dis ini.
SPM 2023 bermula 5 Dis hingga 7 Mac 2024 - KPM
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan bermula pada 5 Dis tahun ini hingga 7 Mac 2024.
SPM 2023 diawalkan, KPM akan keluar kenyataan rasmi - Fadhlina
KPM akan mengeluarkan kenyataan media rasmi berkaitan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 yang dikatakan bermula lebih awal pada 5 Disember depan.
Tarikh pendaftaran peperiksaan SPM 2023 untuk calon persendirian dilanjutkan
Lanjutan ini bagi memberi peluang kedua kepada hampir 30,000 calon SPM Tahun 2022 yang tidak dapat hadir untuk menduduki peperiksaan itu.