KUALA LUMPUR:Berbaki kurang seminggu sebelum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuka tirai, ketahanan mental pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam itu semakin diuji.
Walaupun genting akibat pandemik COVID-19, pemikiran positif perlu menjadi keutamaan bukan sahaja dalam kalangan pelajar, tetapi juga ibu bapa dan penjaga mereka.
Ketua Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Noor Syamilah Zakaria berkata, pelajar kohort SPM 2020 perlu mengubah sudut pandang negatif mereka.
"Kita rasa dan nampak SPM kali ini dari sudut negatif kerana tempohnya dipanjangkan, belajar terlalu lama, letih emosi dan mental.
"Namun, ini sebenarnya sejarah tersendiri yang dilakarkan oleh kohort mereka. Saya percaya jika kita percaya dengan ketentuan hidup, manusia mempunyai perancangan, kita mempunyai perancangan, perancangan Tuhan yang terbaik.
"Jadi apabila kita melihat dengan menukar perspektif ata sudut pandangan kita ke arah positif, saya percaya persediaan mental kita untuk menghadapi peperiksaan nanti akan menjadi lebih baik," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Isnin.
Dalam situasi ini, Noor Syamilah turut menasihati ibu bapa dan penjaga yang pastinya tidak ketinggalan menjadi antara individu yang turut gementar.
"Semua pihak sebenarnya telah memainkan peranan. Saya percaya semua ibu bapa dan penjaga di rumah memang menjaga dan menyaksikan rutin pembelajaran.
"Ini istimewanya kohort, kalau dahulu kita (ibu bapa dan penjaga) sibuk bekerja, malam mungkin baru dapat tengok anak dan pagi sudah dihantar ke sekolah.
"Ketika ini, kebanyakan kita bekerja dari rumah dan kita boleh lihat sendiri macam mana anak kita bersedia menghadapi peperiksaan yang sangat penting ini," kata beliau.
Melangkah ke dewan peperiksaan tanggal 22 Februari, ini mesej Noor Syamilah kepada semua calon SPM 2020 ialah.
"Saya pasti kita semua tahu anda tidak menghadapi peperiksaan ini secara bersendirian, tidak menghadapi keadaan ini secara berseorangan.
"You never walk alone. Pada saya, apabila kita tahu ada kawan di kiri, kanan, depan dan belakang kita, satu negara menghadapi keadaan yang sama, jadi lebih baik kita fokus dan buat yang terbaik," kata beliau menitip pesanan kepada calon-calon SPM.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Feb 15 2021
Pemikiran positif perlu menjadi keutamaan bukan sahaja dalam kalangan pelajar, tetapi juga ibu bapa dan penjaga mereka, kata Prof. Madya Noor Syamilah Zakaria. - Gambar hiasan BERNAMA
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.