KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sedang giat melakukan kerja-kerja akhir menyiapkan projek Taman Seri Molek Perdana di Johor Bahru bagi memastikan projek tersebut dapat diserahkan kepada pembeli dengan kadar segera.
Menerusi satu kenyataan pada Rabu, SPNB berkata pihaknya kini akan memastikan kontraktor menyiapkan projek itu dan menyerahkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada suku keempat tahun ini.
“Untuk makluman, jumlah keseluruhan kediaman di Fasa 1, 2 dan 3 Projek Taman Seri Molek Perdana adalah sebanyak 972 unit merangkumi Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah, Pangsapuri Kos Sederhana dan Rumah Pangsa Kos Rendah.
“SPNB juga akan memastikan hak-hak setiap pembeli adalah terjamin seperti mana yang termaktub di dalam Perjanjian Jual Beli yang telah ditandatangani oleh para pembeli sebelum ini.
“SPNB komited dalam menyokong hasrat kerajaan ‘Satu Keluarga, Satu Rumah’ yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri demi manfaat Keluarga Malaysia keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan itu.
Setakat ini, Fasa Satu projek tersebut memperolehi CCC pada 15 Disember 2020 manakala bagi Fasa Dua CCC telah diperolehi pada 31 Disember tahun yang sama.
Astro AWANI pada Selasa melaporkan keluhan pembeli kediaman tersebut yang berharap keluhan mereka bukan sahaja mendapat perhatian pihak berwajib malah daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga.
Menurut laporan tersebut, seramai 972 pembeli tidak lagi mampu menahan sabar selepas terpaksa menunggu 13 tahun namun rumah yang dibeli itu masih belum dapat diduduki.
Lebih menyukarkan keadaan, mereka perlu membayar ansuran bulanan berjumlah lebih RM200 sejak tahun 2014.
Astro Awani
Wed Jul 13 2022
Jumlah keseluruhan kediaman di Fasa 1, 2 dan 3 Projek Taman Seri Molek Perdana adalah sebanyak 972 unit merangkumi Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah, Pangsapuri Kos Sederhana dan Rumah Pangsa Kos Rendah. - SPNB
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
SPNB giat lakukan kerja-kerja akhir siapkan Taman Seri Molek Perdana
SPNB kini akan memastikan kontraktor menyiapkan projek itu dan menyerahkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada suku keempat tahun ini.