SHAH ALAM: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) hari ini memperkenalkan enam model reka bentuk baharu Rumah Mesra Rakyat (RMR) termasuk rumah jenis bertiang bagi memberi pilihan dan keselesaan kepada pemohon.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata pengenalan model terkini tersebut akan memberikan nafas baru kepada SPNB dengan lebih pilihan tawaran reka bentuk berbanding hanya dua reka bentuk sebelum ini.
Zuraida berkata projek pembinaan model rumah jenis bertiang di bawah program RMR itu akan dibina di Pahang sebagai negeri pertama yang akan dimulakan tidak lama lagi.
"Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini juga ada meminta untuk dibina rumah jenis bertiang kerana pada musim banjir rumah-rumah di atas tanah akan mengalami kesan banjir yang teruk.
"Jadi kita diminta untuk membuat RMR di atas tanah dengan bertiang seperti rumah panggung dan diharapkan apabila tiba musim banjir rumah mereka akan terselamat ," katanya kepada Bernama selepas membuat lawatan di ibu pejabat baharu SPNB di sini hari ini.
Sehingga kini, sebanyak 47,153 unit RMR telah berjaya disiapkan di seluruh negara.
Pada tahun ini, SPNB telah diamanahkan oleh kerajaan untuk membangunkan 3,000 unit rumah RMR dengan 749 unit kini sedang dalam pembinaan dan 1,531 unit lagi dalam peringkat menandatangani dokumen perjanjian.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Datuk Haslee Isnin berkata selain reka bentuk baharu, terdapat penambahbaikan ke atas polisi perlindungan insurans RMR sedia ada dengan penambahbaikan perlindungan ke atas permohonan baru RMR.
"Selain perlindungan kebakaran dan banjir, pemohon akan turut menerima perlindungan kemalangan, badal haji, khairat kematian dan juga kos penghospitalan sebanyak RM100 sehari," katanya.
Beliau berkata SPNB kini dalam peringkat akhir mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan untuk menaikkan syarat had kelayakan pendapatan asal bulanan seisi rumah pemohon daripada RM 3,000 ke RM 5,000 sejajar dengan keadaan ekonomi semasa.
Program RMR ditawarkan kepada pemohon yang belum memiliki rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang untuk dibina rumah di atas tanah sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 09 2021
Zuraida bergambar bersama Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (kiri) dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutalib (kanan) selepas sidang media hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
SPNB bina 23,000 unit RMR, lepasi sasaran - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah berkenaan melepasi sasaran asal iaitu membina sebanyak 15,000 unit RMR.
SPNB rancang bina 5,000 unit RMR seluruh negara tahun depan
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dalam perancangan membina 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara tahun depan.
Rasuah projek hampir RM110 juta: Individu bergelar Datuk antara tiga ditahan
Ketiga-tiga lelaki berusia 40 hingga 60-an itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM antara 6.30 hingga 7 petang, semalam.
SPNB perkenal cat insulasi guna sekam padi pada RMR
SPNB memperkenalkan cat insulasi panas menggunakan sekam padi pada Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah seliaan agensi itu.
Husam Musa dilantik Pengerusi SPNB baharu
Husam dilantik bagi menggantikan Datuk Mohd Nizar Zakaria.
Banjir: Kementerian Kewangan pertimbang bina rumah mesra rakyat kepada mangsa
Kementerian Kewangan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan mempertimbangkan untuk memberi kelulusan pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada mangsa banjir di seluruh negara.
SPNB perkenal 6 model reka bentuk baharu rumah mesra rakyat
Pengenalan model terkini tersebut akan memberikan nafas baru kepada SPNB dengan lebih pilihan tawaran reka bentuk berbanding hanya dua reka bentuk sebelum ini.
Dewan Rakyat: KPKT sasar hutang projek PR1MA dibatalkan, selesai menjelang 2023
KPKT menyasarkan semua hutang projek PR1MA yang dibatalkan dapat diselesaikan dalam tempoh tiga tahun lagi.
SPNB anggar RM600 juta perolehan tahun 2017
Syarikat Perumahan Negara Berhad menganggarkan perolehannya pada tahun 2017 adalah sebanyak RM600 juta.
SPNB serah wang pampasan insurans hayat kepada balu kakitangan
SPNB menyerahkan wang pampasan insurans hayat berkelompok berjumlah RM400,000 dan khairat kematian sebanyak RM2,000.