awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR adakan mesyuarat khas hari ini, tentukan tarikh penting PRK DUN Pelangai

Bernama
Bernama
24/08/2023
00:30 MYT
SPR adakan mesyuarat khas hari ini, tentukan tarikh penting PRK DUN Pelangai
Mesyuarat khas berkenaan akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang.
Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak, dalam satu kenyataan pada Rabu, berkata ia berikutan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos lepas.
Beliau berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi DUN Pelangai.
"Mesyuarat khas tersebut di mana tarikh-tarikh penting PRK Pelangai seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincangkan," katanya.
Ikmalrudin berkata mesyuarat khas berkenaan akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut.
"Selaras dengan Bab IV Perkara 26 (5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang telah memperuntukkan yang kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri N.36 Pelangai, Pahang, perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR," katanya.
Allahyarham Johari, merupakan seorang daripada 10 mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas Elmina: Lapan waris mangsa layak terima pampasan Perkeso
Jenazah Johari selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Gombak, Selangor, semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPR
#Mesyuarat Khas
#PRK DUN Pelangai
#Johari Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan