awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR diarah mudahkan proses mengundi luar negara - PM

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
12/03/2024
23:00 MYT
SPR diarah mudahkan proses mengundi luar negara - PM
Anwar berucap pada majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama rakyat Malaysia yang menetap di Jerman, pada Selasa. - Gambar Bernama
BERLIN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah diarahkan untuk memudahcara proses pengundian bagi rakyat Malaysia di luar negara, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Perdana Menteri, dengan bilangan perantau yang semakin meningkat, maka kapasiti pelaksanaan pilihan raya juga harus terus ditingkatkan.
“Agenda kita reformasi, termasuk pilihan raya. Sekarang proses itu terlalu rumit. Penduduk Malaysia di luar negara termasuk di Singapura sudah cecar 500,000, bahkan mungkin lebih. Kita mesti mudahkan.
“Arahan saya kepada SPR, saya tidak mahu alasan, mudahkan proses pengundian. Banyakkan pusat mengundi. Jerman contohnya, MATRADE, MIDA dan Duta Besar (boleh bantu). Lebih banyak pusat mengundi, lebih cepat, efisien dan selamat (proses pilihan raya).
“Jaminan saya, lebih ramai rakyat Malaysia luar negara boleh penuhi tanggungjawab mengundi. Ini tidak sukar,” katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama rakyat Malaysia yang menetap di Jerman, pada Selasa.
Perdana Menteri berada di sini, bagi lawatan rasmi beliau ke Jerman.
Kata Anwar, pendaftaran sebagai pengundi bukan lagi suatu isu besar memandangkan Malaysia sudah beralih kepada sistem pendaftaran automatik.
Perdana Menteri memberi reaksi kepada pertanyaan Setiausaha Agung Global Bersih, Nirmala Devi Windgaetter mengenai usaha kerajaan untuk memastikan proses pilihan raya bagi rakyat Malaysia di luar negara lebih mudah.
Antara isu yang dibangkitkan ialah berkenaan tempoh memulangkan kertas undi pos dan tempoh masa berkempen yang singkat.
Kata Nirmala, ini menyukarkan pengundi Malaysia luar negara untuk memenuhi tanggungjawab demokrasi mereka.
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#SPR
#mengundi luar negara
#reformasi pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan