Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mampu menyelesaikan isu pengundi dwi kerakyatan di Kelantan.

Kenyataan itu susulan larangan Thailand terhadap rakyatnya yang mempunyai dua kewarganegaraan, supaya tidak terlibat dalam pilihan raya kali ini.

Jelas Muhyiddin, SPR juga berhak menentukan kelayakan mereka yang mempunyai dua kewarganegaraan sebagai pengundi.

Beliau meminta pihak berkuasa menyiasat dan memantau dakwaan pembelian undi yang dikatakan berleluasa di beberapa kawasan.

Beliau juga mahu pemantauan dilakukan pihak berkuasa bagi mengekang aktiviti membeli undi yang didakwa berlaku di beberapa kawasan.