awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR terima notis kekosongan kerusi Gerik dan Bugaya

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2020
03:52 MYT
SPR terima notis kekosongan kerusi Gerik dan Bugaya
SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada 27 November pada jam 9.30 pagi bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRK bagi kedua-dua kerusi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.054 Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan tentang Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan bagi mengisi kedua-dua kerusi tersebut.
“SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Datuk Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 18 November 2020 berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.054 Gerik, Perak.
“Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, SPR akan mengadakan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut,” jelas Ikmalrudin dalam kenyataan itu.
Manakala satu PRK turut akan diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Bugaya, selaras dengan Artikel 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah.
Justeru, SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada 27 November pada jam 9.30 pagi bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian dan daftar pemilih bagi melaksanakan kedua-dua pilihan raya tersebut.
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan akan mempertimbangkan pelaksanaan proklamasi darurat bagi Dewan Undangan Negeri Bugaya, Sabah dan Parlimen Gerik seperti mana dilaksanakan di Parlimen Batu Sapi.
Katanya, pertimbangan itu bagaimanapun bergantung kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselematan Negara (MKN).
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) berhubung cadangan kerajaan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat di Parlimen Gerik dan DUN Bugaya dalam persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#SPR
#Gerik
#Bugaya
#PRK
#Datuk Ikmalrudin Ishak
#Azhar Azizan Harun
#Takiyuddin Hassan
#darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan