KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat masa ini tidak bercadang untuk memperluas kategori undi pos kepada pengundi Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata sebaliknya, SPR menggalakkan pengundi untuk memohon pertukaran bahagian pilihan raya berdasarkan tempat pemastautin terkini bagi memudahkan urusan pengundian bagi satu pilihan raya.
"Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menetapkan satu daripada kelayakan untuk didaftarkan sebagai pemilih ialah dengan bermastautin di mana-mana bahagian pilihan raya.
"Bagi maksud tersebut, SPR menentukan bahagian pilihan raya seseorang pemilih berdasarkan kepada alamat pemastautin pemilih sebagaimana yang ada di kad pengenalan dan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Datuk Rozman Isli (Warisan-Labuan) yang ingin tahu sama ada SPR sedang mempertimbang untuk membenarkan pengundian pos bagi mereka yang tinggal jauh daripada pusat pengundian berdaftar khususnya bagi rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan dalam merangka prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang lebih berkesan pada PRU15.
Mas Ermieyati berkata kemudahan mengundi secara pos hanya diberikan kepada ahli dan kakitangan SPR; petugas pilihan raya; tentera, polis dan Pasukan Gerakan Am yang bertugas pada hari mengundi awal;pengamal media yang bertugas membuat liputan pilihan raya di luar kawasan pada hari mengundi dan pengundi yang berada di luar negara.
Katanya kemudahan itu turut diberikan kepada kakitangan sembilan agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, sukarelawan dan Jabatan Imigresen yang bertugas pada hari mengundi serta pengundi tidak hadir luar negara iaitu penjawat awam yang berkhidmat di luar negara serta pasangan dan pelajar universiti sepenuh masa di luar negara serta pasangan.
Menjawab soalan tambahan Datuk Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang meminda kaedah undi pos itu kepada undi awal bagi penduduk Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung, Mas Ermieyati berkata tidak ada keperluan untuk perkara itu.
"Perkara ini bukan sahaja tertakluk kepada pengundi Sabah dan Sarawak tetapi juga pengundi (Semenanjung yang tinggal di luar kawasan pilihan raya), contohnya pengundi Kelantan yang tinggal di Johor.
"Jadi buat masa sekarang, belum ada keperluan lagi untuk kita mengadakan pengundian secara awal itu tetapi apa juga cadangan akan kita beri perhatian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022
Menurut Mas Ermieyati, SPR menggalakkan pengundi untuk memohon pertukaran bahagian pilihan raya berdasarkan tempat pemastautin terkini. - Gambar fail
Bayi lelaki baru lahir ditemukan di belakang rumah
Polis sedang menyiasat seorang wanita berusia lingkungan 20-an berkaitan penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan di Machang, pada Ahad.
Selangor lancar 'Ehsan Mart', tawar harga lebih murah
Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) hari ini melancarkan pembukaan pasar raya ‘Ehsan Mart’ yang menawarkan harga barangan asas pada kadar 10 hingga 15 peratus lebih rendah berbanding di pasaran.
'Blueprint STEM' di masukkan ke dalam NSS
Pelan Tindakan Bakat Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) Pulau Pinang yang dilancarkan pada Ahad, akan dimasukkan ke dalam Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
PETRA, Johor pastikan bekalan air dan tenaga cukup bagi pelabur
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan bekerjasama erat dengan kerajaan Johor bagi memastikan bekalan air dan tenaga mencukupi untuk keperluan pelabur di negeri ini.
1,080 taska dikenal pasti tidak berdaftar - KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengenal pasti 1,080 taska di seluruh negara yang tidak berdaftar menerusi operasi pemutihan yang dilaksanakan mulai September tahun lalu.
Kod tatalaku focus tiga isu jenayah
Jenayah penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah pengantunan atau seksual terhadap kanak-kanak merupakan antara perkara yang diberi tumpuan dalam membangunkan Kod Tatalaku platform media sosial yang dijangka siap bulan depan.
Malaysia juara, tewaskan Lubnan 1-0 di final
Malaysia kembali menjulang trofi Pestabola Merdeka 2024 apabila menewaskan Lubnan 1-0 dalam aksi final pada Ahad malam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 September 2024.
Jong Un umum pangkalan baharu tentera laut, perkukuh ketenteraan
Korea Utara memerlukan sebuah pangkalan tentera laut yang baharu memandangkan negara itu sedang membina kapal perang dan kapal selam yang lebih besar.
Houthi dakwa tembak jatuh dron MQ-9 buatan Amerika
Kumpulan Houthi Yaman mendakwa menembak jatuh satu lagi dorn MQ-9 buatan Amerika yang berada di ruang udara negara itu.
Jangan terlalu selesa dengan kemenangan PRK Nenggiri - Mohamad
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan mengingatkan jentera BN supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan pada PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
PRK DUN Mahkota: BN perlu tangani tiga cabaran utama - Ahmad Maslan
Jumlah pengundi yang ramai, faktor komposisi kaum serta media sosial adalah antara tiga cabaran utama yang perlu ditangani jentera BN, dalam mempertahankan kerusi DUN Mahkota, bulan depan.
Wanita UMNO mahu calon wanita kekal di PRK DUN Mahkota
Wanita UMNO menuntut supaya calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor dipilih daripada sayap berkenaan.
Mesyuarat MT UMNO dengar perkara dibangkitkan tiga sayap - Mohamad Hasan
Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini mendengar laporan mengenai perkara yang dibangkitkan pada Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang bersidang hari ini.
Daftar Pemilih Tambahan Julai 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Julai Tahun 2024 (DPT BLN7/2024) telah diperaku dan diwartakan pada Rabu dan semakan dibuka selama 30 hari.
PRK Nenggiri: Pusat mengundi ditutup, kiraan bermula
Ketika ini, proses pengiraan undi oleh pegawai dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang berlangsung.
PRK Nenggiri: Warga emas terlantar sakit berkorban tunai tanggungjawab
Kedua-duanya mengundi dari atas katil yang diusung petugas SPR ke saluran mengundi sebaik tiba di pusat mengundi di SK Jeram Tekoh.
PRK Nenggiri: SPR jangka lebih 60 peratus keluar mengundi esok
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN ) Nenggiri, esok, mencapai 60 peratus.
PRK Nenggiri: Keputusan di tangan 20,259 pengundi esok
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan ditentukan 20,259 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mengundi esok, selepas tamat 14 hari tempoh berkempen.
PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan
Mohd Azizi menarik balik rayuan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan injunksi sementara bagi menghentikan PRK Nenggiri.