Skip to main content

Malaysia

Polis tahan lelaki hina Nabi Muhammad SAW di Facebook

71754455724_Gari.jpg
Fadil berkata permohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini hingga 27 Mac bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW menerusi hantaran di Facebook, baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya menerima laporan berhubung hantaran tular berunsur penghinaan itu pada 1.30 pagi, Ahad lepas, yang dimuat naik oleh pemilik akaun menggunakan nama “Sakti Sakti Sakti”.

Advertisement

Beliau berkata susulan itu, sepasukan polis dari Balai Polis Butterworth menahan seorang lelaki berusia 47 tahun, pada 8.32 malam semalam di Butterworth, Pulau Pinang.

“Turut dirampas sebuah telefon bimbit jenis Vivo 29T yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kenyataan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata permohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini hingga 27 Mac bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni atau permusuhan atas alasan agama, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Fadil turut menasihati orang ramai supaya tidak memuat naik atau berkongsi kandungan yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi diraja (3R) me media sosial sehingga boleh menjejaskan keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang,” katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video