ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Mac 2026.
1. Tiga daerah di Kedah alami gelombang haba Tahap 2 - MetMalaysia
Advertisement
Tiga daerah di Kedah kini merekodkan gelombang haba Tahap 2, manakala 16 lagi kawasan di seluruh Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 iaitu berjaga-jaga setakat pagi ini.
2. PDRM kekal benteng utama pertahan keamanan negara - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal utuh sebagai benteng utama dalam mempertahankan keamanan serta kestabilan negara selepas melalui lipatan sejarah dan pengorbanan selama lebih dua abad.
3. Cuaca panas: Sekolah diminta tangguh aktiviti luar jika suhu lebih 35 darjah Celsius
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta supaya sekolah menangguhkan penganjuran aktiviti luar sekiranya suhu melebihi 35 darjah Celsius, selain memantau aktiviti berpotensi mendedahkan murid kepada cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.
Malaysia berusaha memastikan keterjaminan bekalan tenaga, termasuk mempelbagaikan sumber dan meneroka laluan alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada laluan berisiko seperti Selat Hormuz, dalam menghadapi kesan konflik Asia Barat.
5. Malaysia gesa gencatan senjata di Asia Barat
Malaysia menzahirkan harapan untuk pelaksanaan segera gencatan senjata yang komprehensif dan berkekalan bagi meredakan ketegangan di Asia Barat susulan konflik Amerika Syarikat (AS)-Israel dengan Iran.
6. E-waste: SPRM selesai siasat Ketua Pengarah JAS, timbalan, syor tuduh di mahkamah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kertas siasatan melibatkan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah lengkap dan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dengan syor pertuduhan.
7. Jangan pandang ringan isu keselamatan negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan semua pihak tidak memandang ringan soal keselamatan negara susulan ketegangan global yang semakin memuncak dan konflik berterusan di Asia Barat.
8. Harga runcit RON97 naik 60 sen, diesel Semenanjung naik 80 sen - MOF
Harga runcit petrol RON97 dinaikkan sebanyak 60 sen kepada RM5.15 seliter bagi tempoh 26 Mac hingga 1 April ini, susulan peningkatan harga minyak global.
9. Saya bukan ‘Mr. R’, tidak kenal Victor Chin – Ramanan
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R. Ramanan menafikan dakwaan beliau menerima saham bernilai jutaan ringgit daripada seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Victor Chin, sambil menyifatkan tuduhan itu sama sekali tidak berasas dan tidak masuk akal.
10. Siasatan terhadap Victor Chin sedang giat dijalankan - Saifuddin Nasution
Siasatan terhadap ahli perniagaan Victor Chin Boon Long yang didakwa terbabit dalam manipulasi korporat berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat dijalankan membabitkan pelbagai agensi berkuasa.