awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM buka 379 kertas siasatan, tahan 425 individu setakat April tahun ini

Bernama
Bernama
24/05/2022
05:53 MYT
SPRM buka 379 kertas siasatan, tahan 425 individu setakat April tahun ini
Azam berkata bagi suku pertama tahun ini, agensi itu telah merampas aset bernilai RM12.58 juta dan sejumlah RM59 juta dilucuthakkan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka sebanyak 379 kertas siasatan dan menahan 425 individu setakat April tahun ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata bagi suku pertama tahun ini, agensi itu telah merampas aset bernilai RM12.58 juta dan sejumlah RM59 juta dilucuthakkan.
"Tahun lepas, SPRM membuka 829 kertas siasatan yang mengakibatkan 851 tangkapan dengan jumlah aset yang dirampas berjumlah 162 juta, manakala jumlah yang dilucuthakkan ialah sebanyak RM5.13 bilion," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Antirasuah Malaysia ke-3 di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi dan Pengasas Institut Strategi Antarabangsa (ISI) Cheah Chyuan Yong. Forum anjuran ISI itu bertujuan mencari kaedah yang berkesan dalam membanteras rasuah.
Dalam ucapannya, Azam menggesa syarikat dan syarikat korporat sama ada tempatan atau asing agar memanfaatkan rebat potongan cukai untuk menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berkaitan pencegahan rasuah dan pendidikan.
Beliau berkata dengan penganjuran program CSR, syarikat layak memohon potongan cukai daripada pendapatan kasar perniagaan amaun bersamaan dengan jumlah perbelanjaan yang ditanggung untuk program sedemikian, yang dijalankan dengan kerjasama SPRM.
"Insentif pelepasan cukai di bawah Seksyen 34(6)(h) Akta Cukai Pendapatan 1967 adalah untuk menggalakkan lebih banyak syarikat swasta bekerjasama dengan SPRM menjalankan program pencegahan rasuah yang akan memberi manfaat kepada orang ramai termasuk sekolah dan institusi pengajian tinggi," katanya.
Mengenai usaha pemulihan aset 1MDB, Azam berkata sebanyak RM5.11 bilion lagi telah diperoleh melalui cara penyelesaian dan SPRM akan terus mendapatkan lebih banyak aset yang dicuri daripada pelaku.
Mengenai usaha pemulihan aset 1MDB, Azam berkata aset bernilai RM5.11 bilion lagi telah diperoleh melalui cara penyelesaian dan SPRM akan terus mendapatkan lebih banyak aset yang dicuri daripada si pelaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#kertas siasatan
#Azam Baki
#Rasuah
#Malaysia
#1MDB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan