awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 ditahan kes pergaduhan bersenjata di Lukut
YAPEIM sasar kutip RM70 juta dana infak tahun ini - Zulkifli
Enam lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan di Melaka Raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM gagalkan usaha larikan wang tunai RM2.4 juta berkaitan siasatan perolehan Tentera Darat

Bernama
Bernama
07/01/2026
07:00 MYT
SPRM gagalkan usaha larikan wang tunai RM2.4 juta berkaitan siasatan perolehan Tentera Darat
Azam berkata, wang tunai berkenaan dikesan hasil maklumat risikan terbaharu yang diterima SPRM. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menggagalkan cubaan melarikan wang tunai berjumlah RM2.4 juta dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat Malaysia (TDM).

Ringkasan AI
  • SPRM menghalang cubaan melarikan RM2.4 juta wang tunai yang berkaitan dengan kes rasuah projek Tentera Darat Malaysia.
  • Bekas pegawai TDM dan isteri memberi kerjasama dalam siasatan, manakala 17 pengarah syarikat ditahan berkaitan dengan kartel tender perolehan TDM.
  • SPRM juga menyita akaun bank pegawai tertentu dan keluarganya serta menyiasat kes rasuah projek TDM di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata wang berkenaan cuba dipindahkan dari sebuah rumah ke rumah lain oleh seorang individu awam yang mempunyai kaitan dalam kes berkenaan.
"Semalam, pegawai kita dapat maklumat dan pagi tadi saya dimaklumkan bahawa kita menjumpai lebih kurang RM2.4 juta wang yang cuba dilarikan oleh individu itu... kita telah mendapat wang milik seorang suspek kes ini dalam bentuk tunai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa seorang bekas pegawai kanan tertinggi Tentera Darat dan isterinya hadir bagi membantu siasatan tentang perolehan TDM petang ini di Putrajaya.
"Keterangan pegawai kanan berkenaan diambil petang ini di Putrajaya selepas beliau dibenarkan keluar dari hospital semalam setelah menerima rawatan akibat tekanan darah tinggi," katanya.
Semalam, SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan TDM.
Kenyataan SPRM di media sosial TikTok memaklumkan perintah reman selama lima hari hingga 10 Jan ini dikeluarkan semalam oleh Majistret Ezrene Zakariah yang membenarkan permohonan agensi antirasuah berkenaan.
Kesemua suspek yang terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 60-an telah ditahan ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada Isnin.
Pada 29 Dis lepas, SPRM menyita enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan berkenaan dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan perolehan projek TDM.
Sebelum itu, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan pada 23 Dis dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kes tender perolehan Tentera Darat
#SPRM
#Azam Baki
#skandal Tentera Darat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan